Setiap kali fajar menyingsing…..
Seekor rusa terjaga dari tidur
Dia tahu, hari ini dia mesti berlari lebih cepat dari seekor singa yang tercepat.
Jika tidak, dia akan terbunuh.
Dia tahu, hari ini dia mesti berlari lebih cepat dari seekor singa yang tercepat.
Jika tidak, dia akan terbunuh.
Setiap kali fajar menyingsing….
Seekor singa terbangun dari tidurnya.
Seekor singa terbangun dari tidurnya.
Dia tahu, hari ini dia harus mampu mengejar seekor rusa yang paling lambat.
Jika tidak, dia akan mati kelaparan.
Korang…
Tidak ada masalah adakah kau seekor rusa atau seekor singa..
kerana setiap kali fajar menyingsing, sebaiknya engkau mulai berlari.
Tidak ada masalah adakah kau seekor rusa atau seekor singa..
kerana setiap kali fajar menyingsing, sebaiknya engkau mulai berlari.
Setelah keheningan malam mulai memecah, seiring dengan fajar yang mulai merekah, saat kewajiban solat Subuh selesai ditunaikan, Rasulullah SAW tetap duduk di tempat selepas solat Subuh untuk berzikir menyebut asma Allah sehingga terbit matahari. Kemudian beliau mengerjakan solat dua rakaat.
Jabir bin Samurah R.A menceritakan kepada kita: “Biasanya Rasulullah SAW selalu duduk di tempat solat selesai menunaikan solat subuh sehingga matahari benar-benar meninggi.” (HR: Muslim)
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mengamalkan sunah yang agung tersebut. Beliau menyebutkan pahala dan balasan yang besar bagi orang yang mengamalkannya.
Dari Anas bin Malik R.A, berkata Rasulullah SAW pernah bersabda, yang bermaksud:
“Barang siapa yang ikut solat fajar berjemaah di masjid, lalu duduk berzikir mengingati Allah Taala sampai matahari terbit, kemudian mengerjakan solat dua rakaat, maka baginya pahala bagaikan orang yang menunaikan ibadah haji dan umrah dengan sempurna, sempurna dan sempurna.” (HR: At-Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment