Bunkface-Situasi

Wednesday, 6 July 2011

Orang Gila Tidak Sakit




Pernahkah kita terfikir, kenapa orang gila selalu sihat? Tidak pernah kita melihat ada orang gila berguling di tepi jalan sakit batu karang,terhencut-hecut kaki kena gout, minum ubat batuk, memakai koyok atau bahkan sakit gigi sekalipun.
Jawapannya adalah KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!
1. Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress. Mereka tidak pernah berfikir macam-macam. Makanan apa pun mereka makan. Tidak seperti kita. Sudah ada ayam goreng, masih mencari sate kambing. Sudah ada nasi lemak, masih mencari pizza, hotdog, dan lain sebagainya. Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan yang bermacam-macam. Makanan apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Malah nasi basi pun mereka makan, burger 2 hari pun OK lagi bak kata Nabil


Kedua, orang gila itu QANAAH. Mereka rasa bersyukur. Menerima apa pun pemberian Allah kepadanya. Tidak pernah menuntut macam-macam. Tidak seperti kita. Sudah diberi basikal, masih minta motor. Sudah ada motor, masih minta kereta. Sudah ada kereta nak juga jeling MPV atau SUV. Rumah dah cantik, masih saja selalu merasa ada yang kurang. Akhirnya beli ini beli itu, renovate ini renovate itu. Akhirnya hutang sana sini untuk keperluan tersebut. Apabila ketika hutangnya sudah menggunung, jatuh sakitlah dia.
Orang gila itu entah ada pakaian ataupun tidak, mereka santai saja. Kalau mengantuk, ya tidur saja. Mereka tidak perlukan tikar, apalagi katil dan tilam empuk. Ada kan antara kita yang tidak boleh tidur di atas tikar. Kerana sudah terbiasa tidur di springbed. Malah ramai yang tak boleh tidur tanpa air-cond.
Orang gila jarang sakit juga adalah kerana mereka selalu berbahagia. Mereka kan kelihatan selalu tersenyum. Betul kan? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan tenteram. Everething is running well, semuanya berlalu dengan baik-baik saja. Tidak pernah ada masalah. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu sebagai hiburan yang menyenangkan. Sebab tu diaorang sentiasa tersenyum.
Kesimpulannya, kalau korang hendak selalu sihat jadilah “orang gila”.
Maksud saya, hiduplah dengan Qanaah, kawal stress, control keinginan yang hendak bermacam-macam itu dan selalulah tersenyum. Mudah-mudahan korang selalu sihat!

No comments:

Post a Comment