Bunkface-Situasi

Sunday, 17 July 2011

Falsafah Songsang


Pengalaman guru terbaik ?
Malu bertanya sesat jalan,
Kalau tak bertanya akan menimba banyak pengalaman,
Nak menjadi orang yang berpengalaman ?
Jadilah sesat dan jangan bertanya !
“Wang bukanlah jaminan kebahagiaan “,
apalagi kalau kita tidak berwang..
“…. sebuah maha karya besar bermula dari mimpi-mimpi..”,
sekarang pergilah tidur ! dan jangan bekerja !

” jangan menilai lelaki dari penampilan luaran,lihatlah peribadinya..”
rumah peribadinya, kereta peribadinya, kewangan peribadinya, handphone peribadinya, tanah peribadinya dll..
” jangan bermain api, nanti terbakar..”
bermainlah dengan air, kayu, logam dan tanah..
Kata-kata Bijak IT :
Kalau cinta sudah tidak boleh di “repair”
Nampaknya terpaksa di “format” dan “install” semula.
Cinta adalah sesuatu kompleks dan sangat rumit,
biasanya akan muncul berbeza di browser yang berbeza..
Jangan sesekali “mengedit” cinta tanpa
melakukan backup sama sekali..
” jadikan dirimu peribadi yang baik..”,
sebarkanlah kebaikan walau hanya dengan 1 spam..

No comments:

Post a Comment