Sunday, 14 August 2011
Kerana Baju Renang, Hubungan India – Australia tegang
Baju renang yang bergambar Dewi Laksmi
Walau apa agama pun akan marah jika dihina. Bermula dari baju renang, kemarahan kini meningkat ke pertikaian diplomatik. Bermula dari Australia Fashion Week 2011 yang menjadi puncanya.
Seorang model catwalk dengan mengenakan baju renang bergambar Dewi Laksmi. Dewi Laksmi sangat dihormati dan dipuja umat Hindu India.
Pemerintah India telah membuat bantahan rasmi kepada Kedutaan Tinggi Australia di atas apa yang mereka sebut sebagai pencabulan.
Konsulat India di Sydney telah mengambil tindakan menghubungi pereka baju tersebut.
Seperti diterbitkan CNNGo, Parti Bharatiya Janata yang merupakan parti nasionalis Hindu telah membakar bendera Australia di selatan Hyderabad. Di Armritsar, kaum Punjabi turun ke jalan untuk memprotes hal itu.
Pereka baju renang tersebut , Lisa Blue telah meminta maaf pada halaman Facebooknya. “Kami ingin meminta maaf kepada siapa pun yang tersinggung. Kami memastikan gambar Dewi Lakshmi tidak akan muncul lagi pada sehelai pun pakaian renang kami untuk musim ini. Kami menjamin produk ini tidak akan dijual dalam Stockist atau outlet di mana pun di dunia.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment