Dari dulu lagi nelayan Jepun pergi berlayar jauh untuk menangkap ikan, namun….
Apabila mereka sampai di darat, ikan-ikan itu mati dan mengeluarkan bau yang busuk. Orang Jepun tidak suka memakan ikan yang sudah mati dan busuk.
Lalu…
Nelayan Jepun masih lagi berlayar untuk menangkap ikan di lautan lepas… Oleh kerana tidak mahu ikan-ikan tangkapan mati dan busuk, nelayan Jepun membawa sebuah pembeku. Ikan-ikan hasil tangkapan itu dimasukkan ke dalam freezer supaya tidak busuk bila sampai ke pelabuhan.
Namun begitu…
Orang Jepun tahu membezakan mana ikan yang segar dan mana ikan yang dimasukkan ke dalam freezer untuk mencegah ikan jadi busuk. Orang-orang Jepun tidak suka memakan ikan hasil tangkapan itu…
Kemudian…..
Nelayan Jepun berlayar ke laut lepas untuk menangkap ikan dengan membawa sebuah tong air yang sangat besar dan diisi dengan air laut yang banyak supaya ikan hasil tangkapan tetap dalam keadaan hidup semasa tiba di daratan,
Namun…
Sampai di daratan ikan-ikan itu lemas dan tidak mahu bergerak kerana bosan berada di kawasan yang lebih sempit dari kawasan hidup asalnya. Orang Jepun tahu membezakan mana ikan yang segar dan mana ikan yang lemas.
Seterusnya…
Nelayan kembali berlayar ke laut jauh untuk menangkap ikan, kali ini nelayan membawa sebuah tong besar berisi air laut yang banyak dan memasukkan…
Dua ekor anak ikan Yu ke dalam tong tersebut, seekor anak ikan Yu dapat memakan 4-5 ekor ikan dalam sehari dan perjalanan dari lokasi penangkapan ikan menuju daratan berjarak dua hari, jadi kedua anak ikan Yu itu menghabiskan sehingga 20 ekor ikan tangkapan semasa dalam perjalanan.
Apa yang terjadi???
Semasa tiba di darat semua ikan tangkapan yang berada di dalam tong tersebut masih dalam keadaan segar dan lincah,
Mengapa???
Ini kerana ikan-ikan tangkapan mereka tersebut berusaha supaya tidak dimakan oleh ikan Yu yang berada di dalam tong tersebut, berlumba untuk bertahan dan mempertahankan hidup…
Moral :
Kita sebagai manusia dapat diibaratkan sebagai ikan-ikan hasil tangkapan di dalam tong tersebut, dan masalah -masalah yang dihadapi diibaratkan sebagai anak Yu yang bersedia memakan kita. Masalah itu membuat kita mempunyai alasan untuk hidup, menjadi semangat untuk berusaha, dan memberikan motivasi supaya tidak dimangsa oleh Yu,iaitu masalah…
Bukannya kita yang harus menyerah pada masalah,biar masalah yang menyerah kepada kita kerana kita tahu cara nak menyelesaikannya, tidak buntu dan memohon kepada Allah SWT agar setiap kekusutan yang kita alami dapat dileraikan.
No comments:
Post a Comment