Wednesday, 3 August 2011
Cara Mengesan Pembohong
Beberapa orang memiliki kemampuan untuk menipu orang lain dengan mudah. Namun, semasa seseorang berbohong, biasanya boleh dilihat dari keadaan fizikalnya. Salah satunya adalah dengan menatap matanya. Mengapa demikian?
Ketika menjawab pertanyaan dan bola mata orang tersebut bergerak ke arah kiri kemungkinan jawapannya jujur. Sedangkan jika matanya bergerak ke arah kanan kemungkinan orang itu sedang mengatakan sesuatu yang bohong atau berbohong.
Ini kerana bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, sedangkan otak kanan untuk kreativiti. Maka bila bola mata ke kiri, bererti dia berusaha mengingat sedangkan sebaliknya jika bola mata ke arah kanan bererti dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawapan yang lain kerana bahagian kreativitinya sedang bekerja untuk mengarang suatu cerita bohong.
Ciri fizikal yang lain ketika seseorang sedang berbohong antara lain:
* Tidak berani menentang mata
* Badan berpeluh.
* Nafas tersekat-sekat.
* Nada suara berbeza seperti meninggi dan menurun.
* Badan dan wajah kelihatan kaku khasnya di bahagian dahi dan bibir.
* Tangannya banyak bergerak seperti memegang sesuatu, saling menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung, atau menutup mulut.
* Si pembohong tanpa menyedari akan meletakkan benda-benda seperti cawan, kertas,pen, atau benda lain sebagai pembatas.
* Cuba ubah topik pembicaraan, jika ekspresinya terlihat lega, bererti ia sedang berbohong. Namun jika ia mengembalikan ke topik semula, bererti dia sedang berkata jujur.
* matanya berkedip-kedip semasa bercakap kerana salah satu reflek agar ekspresi wajah lebih rileks
* Kaki bergerak-gerak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment