Bunkface-Situasi

Friday, 5 August 2011

Perbezaan ucapan Amin

*Gambar hiasan
Ada 4 perbezaan ucapan Aamiin iaitu:
1. Amin , أَمِيْنٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.
2. Aamin, أٰمِنْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.
Ketika shalat, kita tidak boleh membaca “Amin” dengan dua cara baca di atas.

3. Aamiin, آمِّيْنَ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.
Ada sebahagian ulama yang memperbolehkan membaca “Amin” dalam solat dengan bentuk bacaan semacam ini. Demikian keterangan Al-Wahidi. Imam An-Nawawi mengatakan, “Ini adalah pendapat yang sangat aneh. Kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab kami (Mazhab Syafiee) mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca ‘Amin’ dengan bentuk ini dalam solatnya maka solatnya batal.’” (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, ms. 134)
4. Aamiin , أٰمِيْنَ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikutimad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan “Amin” yang benar.
Wallahualam.

Posted @ www.isuhangat.net

rumah lelong
JOM CARI DUIT DARI STREAMYX
DAPAT ILMU DAPAT DUIT

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**






You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Perbezaan ucapan Amin”

  1. urangbiasa says:
    Salam..
    Bagi mereak yang belajar tajwid sememangnya sedar akan hakikat ini..
    Oleh itu marilah kita semua perbaiki segala kelemahan yang ada pada diri kita agar mendapat keberkatan dan kasih sayang Allah.. :)
    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  2. Mamu Janggut says:
    Memang no 4 yang betul dan terbaik sebab Al-Faatihah yang kita/imam baca dalam solat adalah do’a, dan kita mohon Allah kabulkan permintaan kita.
    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  3. kamkam says:
    tq admin.
    diharap admin dapat membangkitkan isu2 lain dalam sembahyang yg mungkin kita x brape perasan.
    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

Leave a Reply






No comments:

Post a Comment