Bunkface-Situasi

Tuesday, 12 July 2011

Ajoi Dan Pengemis



Satu pagi, Ajoi baru bangun tidur, kedengaran ada orang beri salam depan pintu pagar rumahnya.Apabila dia jengah kelihatan seorang yang sihat tapi berpakaian kotor, cuba nak minta sedekah. Ajoi bukan kedekut sangat tapi oleh kerana dia belum ada mood kerana baru bangun tidur..
Cam biasa, terjadilah dialog-dialog:
Pengemis : “Encik, minta sedekah, saya sedang kelaparan ni..”
Ajoi : “Maaf, saya belum memasak nasi” (dalam hati..malas nak layan)
Pengemis : “Kalau begitu, berilah saya secawan beras.Biar saya masak sendiri.”
Ajoi : “Saya takde beras”
Pengemis : “Kalau begitu, minta air untuk saya minum saja, saya pun kehausan sangat ni..”
Ajoi : “Air pun takde…”
Pengemis : “Kalau begitu ……..
Ajoi :”.Kenapa terdiam lak?” Ajoi ingat dia dah menang…
Pengemis : “Jom mengemis bersama saya!”

No comments:

Post a Comment