Bunkface-Situasi

Saturday, 30 July 2011

KOLAPENJOI

Kepada pengunjung baru ishangat, KOLAPENJOI adalah singkatan KOLEKSI  LAWAK  PENDEK AJOI

Ajoi jual Mercun
Macam biasa, untuk cari duit raya lebih Ajoi selalu bisnes kecil-kecilan.
Malangnya Ajoi tertangkap oleh kastam di sempadan semasa hendak menyeludup mercun masuk ke Malaysia.
Pegawai Kastam: “Apa yang kau bawa ni?”
Ajoi : “Errr… makanan ayam” (macam biasa dengan selamba)
Maka dibukalah barang-barang tersebut dan dia temuilah sejumlah mercun dalam beg Ajoi.
Kastam :“ini yang awak kata makanan ayam..?”

Ajoi : “Betul encik…! saya suka memberi makan ayam saya dengan barang-barang ini, nanti kalau ayam saya tidak mahu memakannya barulah saya ambil.”
Ajoi, Sumardi Dan Harimau
Ajoi dan Sumardi masuk ke hutan untuk memancing. Malangnya pada tengah hari tu. diaorang berjumpa dengan seekor harimau.
Sumardi : “rilek-rilek Joi….Berdasarkan buku yang aku baca, kalau kita tidak bergerak, harimau tu tak akan mengganggu dan segera meninggalkan tempat ini.”
Ajoi menjawab: “Adakah singa itu juga membaca buku yang ko baca?”
Ajoi Pakar Rumahtangga
Sumardi minta nasihat Ajoi yang lebih pengalaman kerana dia nak berkahwin lepas raya ni.
“Pada tahun pertama pernikahan, suami berbicara dan isteri yang mendengarnya.
Pada tahun kedua, isteri berbicara dan suami yang mendengarkan.
Pada tahun ketiga, keduanya berbicara, dan jiran yang mendengarkannya”

Marhaban Ya Ramadhan


Selamat Menjalankan ibadat puasa Ramadhan 1432 H kepada semua pembaca isuhangat.net

~ஜ۩۞۩ஜ Marhaban Ya Ramadhan ~ஜ۩۞۩ஜ
Allhamdullilah kita masih disempatkan lagi untuk melasanakan puasa Ramadhan tahun ini
dan tak terasa beberapajam/hari lagi kita akan melaksanakan kewajipan berpuasa
di bulan suci ramadhan semoga kita dapat mencapai hari kemenangan.

Selamat Menjalankan Ibadat Puasa Ramadhan,
Mohon Maaf zahir batin atas segala kesalahan yang saya lakukan
dan mohon maaf semua pengunjung muhdpaiz.blogspot jika saya ada kesalahan
Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah
Bila salah & Khilaf telah terjadi maka Mohon Maaf
Zahir & Batin atas kesalahan,
“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkati di bulan yang penuh mahrifah
AlLahumma barikLanaa fi-sya’bana wa balLighna ramadhanaa TaqabbalalLahu minna wa minkum,Minna wa minkum ya kariim.
~Admin Blog~

Kita lahir dengan 2 mata,2 telinga satu mulut..


* Kita lahir dengan dua mata di depan muka kita.
Kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.
Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita. Motivasi untuk pasukan Harimau Malaya dan penyokong bolasepak Malaysia
* Kita dilahirkan dengan dua telinga di kanan dan di kiri.
Supaya kita dapat mendengarkan semua dari dua sisi untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita.
Sehingga tidak peduli semiskin apapun kita, kita tetap kaya.
Kerana tidak akan ada seorangpun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea-idea kita. Dan apa yang kau fikirkan di otakmu jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 mulut.
Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut boleh menyakiti, boleh membunuh, boleh menggoda,boleh mengumpat, boleh menfitnah,boleh mengutuk dan banyak perkara lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh dalam diri kita.
Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati yang paling dalam.
Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita di cintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Lawak KFC


Lawak KFC Pendang
Photobucket
cashier : assalamualaikum pakcik..
pakcik : walekumsalam..err.err.
cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..
cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?
pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?
pakcik : yang setsi ada tak??
cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..
pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..
cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.
pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.
cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..
pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.
cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?
pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..
cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?
pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?
cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?
pakcik : huu?natang apa tu?
cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.
pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..
cashier : err…ok ok..(segan layan)
cashier : semua sekali RM 34.50..
pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)
cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..
pakcik : tak kelapaq mai dah.
Hhuuu.. aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung. baguih gak.. depa kena sekali camtu.. lama lama kFC tu semakin berkurang la.. huu..

Komputer 5 tahun akan datang

Photobucket
Komputer semasa pertama kali muncul adalah sebesar bilik, kemudian menjadi compact untuk komputer Desktop. Kemudian berevolusi lagi menjadi laptop, tablet.
Dan beberapa tahun yang akan datang anda akan melayan isuhangat dengan “Komputer Gelang”. Yang mana Display Interfacenya menggunakan visual secara hologram !!
Kini team Designer Dari India sedang mengembangkan Design Dari teknologi komputer gelang ini yang Diberi nama ‘Project HOLO.2.0′, Dengan komputer gelang ini anda boleh melakukan aktiviti komputer yang benar-benar di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Kerana memang konsepnya yang benar-benar sangat ‘portable’. Bahkan mungkin boleh anda gunakan sambil berlari… Konsep ini dijangka akan muncul pada tahun 2015, masih ada banyak masa lagi korang untuk menikmati komputer ‘konvensional’ korang sekarang…
Begini cara penggunaannya :
Photobucket

Disebalik Nama Nabi Muhammad SAW

Rahsia dibalik nama Muhammad, dimana banyak makna yang tersirat dalam kebesaran nama yang sederhana itu. Entah apakah ini merupakan salah satu mukjizat atau sekadar kebetulan saja, bahawa ada fakta menarik di abjad/huruf-huruf yang tersusun dari nama itu:
1.Ejaan nama Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim ha mim dal, maka akan menjadi sebuah sekesta seorang manusia. sudah maklum adanya bahawa sebaik-baik mahluk / ciptaan yang pernah diciptakan oleh Tuhan di alam semesta ini adalah manusia dengan kelebihan akal , sementara mahluk lain hanyalah haiwan dan planet-planet yang penuh rahsia.
Photobucket

2.Ejaan nama Ahmad, jika kita cermati satu-persatu hurufnya mak huruf-huruf itu akan mennggambarkan sosok orang yang sedang melakukan solat, tahukah kita bahawa solat merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.
Photobucket
3. Ejaan nama Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk seperti manusia yang sedang sujud dalam solat. Dalam solat, Sujud merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada masa sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan total kepada Maha Pencipta.
Photobucket

Wednesday, 27 July 2011

Falsafah Buah-buahan

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Photobucket Photobucket
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.
2. Jadilah Pokok pisang.
Photobucket
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Photobucket Photobucket
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.
4. Jadilah ubi kayu.
Photobucket
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.
5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Photobucket Photobucket
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.
6. Jadilah cili
Photobucket
Semakin tua semakin pedas.
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana.

Kata-kata Motivasi Untuk Harimau Malaya

Perlawanan Malaysia Singapura
Kata motivasi kepada pasukan Harimau Malaya menjelang perlawanan kedua menetang Singapura di Bukit Jalil pada kelayakan Piala Dunia 2014.
Kegagalan boleh menghancurkan seseorang jika salah menyalah tafsirkannya. Kegagalan adalah rahmat Tuhan, yang perlu dilakukan adalah perbaiki diri dan belajar dari kesilapan..
Disebalik musibah selalu ada hikmahnya..
Mungkin kita telah terlena dengan nikmat Tuhan yang bernama kemenangan selama ini, mungkin secara tak sedar kita menjadi “sombong”…
Terus mengaum Harimau Malaya, kebanggaan Malaysia, jangan menyerah. Ada lagi 90 minit masa untuk kita menewaskan Singapura.

Bukankah kita sudah mengalahkan banyak lawan di atas padang ? Kita adalah juara Piala AFF Suzuki, buktikan kepada mereka kita menjulang piala tersebut bukan kerana nasib tetapi kerana Harimau Malaya sememangnya gagah!
“Kekalahan tidak mengalahkan kecuali diterima sebagai sebuah realiti dalam pikiran anda sendiri” (Bruce Lee).
“Kekalahan tidak pernah datang ke siapa pun sehingga dia mengakui itu” (Josephus Daniel).
“Kemuliaan kita yang terbesar adalah tidak pernah gagal, tetapi bangkit setiap kali kita gagal” (RalphWaldo Emerson).
“Edison gagal 10, 000 kali sebelum dia membuat lampu elektrik. Jangan berkecil hati jika anda gagal beberapa kali “(Napoleon Bonaparte)..
Kenali kesalahan-kesalahan anda dan belajarlah darinya.
Orang Bodoh tidak pernah belajar dari kegagalannya.
Orang Pandai belajar dari kegagalan yang ia perbuat dan ia memperbaikinya.
Orang Bijak belajar dari kegagalan orang lain
Gagal dan Sukses merupakan satu pakej menuju Sukses. Gagal hari ini boleh jadi Sukses Esok Hari.
“Anda dapat melakukannya apabila anda yakin mampu melakukannya, anda dapat mengubah nasib anda (Napoleon Hill)”
“Putuskan untuk menjalani kehidupan sepenuh-penuhnya, anda mungkin hanya tinggal tiga kaki dari emas (Napoleon Hill)”
“Saya tidak pernah menemui kegagalan dalam 10000x percobaan saya menemukan lampu, yang saya temui adalah 10000 bahan itu tidak sesuai untuk dijadikan lampu” (Thomas Alfa Edison)
“CAHAYA MATAHARI BILA DIFOKUSKAN AKAN MEMBAKAR KERTAS ” ~Alexander Graham Bell
Ada 2 cara untuk menyebarkan cahaya :
- Jadilah lilin yang menyebarkan cahaya
- Jadilah cermin yang memantulkan sinarnya
~ EDITH WHARTON ~
* *************************
Prestasi besar adalah hak yang pantas bagi orang yang punya harapan optimis. ~J. Harold Wilkins~
* *************************
Segala kelemahan benteng pertahanan kita yang mudah bolos dapat diperbaiki segera.
Semangat Harimau Malaya, bangkit semula, biarkan ngauman kita terus bergema! Belasah Singapura!
Lagu-lagu Harimau Malaya
Oh Malaysia Tetap Di Hati

Tuesday, 26 July 2011

Tip Elak Pukau


Ajoi dan Sumardi membaca akhbar mengenai kisah pukau.
Ajoi: Bro, gua ada tip untuk mengelakkan kes pukau.
Sumardi: cecite,cecite..
Ajoi: Kalau ada yang menepuk bahu ko dari belakang, ko JANGAN TOLEH BELAKANG, tapi ko terus buat-buat ketawa tak berhenti.

Sumardi: Lagi…
Ajoi: Kalau dia tepuk lagi, Ketawalah SEMAKIN KUAT-KUAT lagi. Ingat! MAKIN KUAT dan JANGAN BERHENTI!
Sumardi: Ye ker? naper kalau kita ketawa pukau tak menjadik ker?
:
:
:
Ajoi: Sebab tukang pukau takut nak pukau kat ORANG GILA hoho

Roller Coaster Tercuram Di Dunia

Fuji-Q Japan Highland Amusement Park telah memecahkan rekod Guinness world record yang ke 14 dengan Takabisha roller-coasternya.Terletak di kaki Gunung Fuji, roller coaster baru ini hampir 3.3 km panjang dengan dengan tujuh tingkat utama dan jalur vertikal sepanjang 141 kaki pada sudut kemiringan 121 darjah, sehingga ini menjadikan drop roller coaster paling curam di dunia.

Takabisha akan meluncur di trek dengan kepantasan 100 km sejam. Para peminat rollercoaster juga akan mengalami detik-detik di mana jantung mereka terasa berhenti ketika coaster laju turun di pegunungan.
Kos pembuatan 3.000.000.000 ¥ , Takabisha mengambil idea ini dari Mumbo Jumbo di Yorkshiree, yang memiliki lintasan vertikal 98 kaki dengan kemiringan 112 darjah.
Daya tarikan baru di Takabisha ini akan sepenuhnya terbuka kepada orang awam pada 16 Julai 2011 lalu.
Namun, untuk kepantasan, rollercoaster tercepat dunia masih dipegang Formula Rossa, yang boleh ditemui di Ferrari World, Abu Dhabi yang boleh di lihat di entri http://www.isuhangat.net/2010/09/taman-tema-ferrari-di-dubai/

Paku di Lebuhraya

Dari email blalang_group
Assalamuailaikum wbt.
Buat sahabat2 pengguna jalanraya Plus Highway terutama sekali bagi pengguna motosikal.Baru sekejap tadi jam 2.00 ptg (21 Jul 11) saya dari Kajang melaluai highway plus menuju ker office saya di KL.Memang kebiasaan saya ulang alik ke tempat kerja dengan mengguna motosikal.
Hendak di jadikan cerita, selepas melaluai lorong motosikal di Plaza Tol sungai Besi.Selepas malalui Esso Sg Besi saya memperlahankan motosikal kerana hendak mebetulkan baju hujan.Betul2 berdekatan dengan deretan kedai(terdapat Wisma PURCON) saya melihat banyak paku2 bertaburan di tepi jalanraya.

Paku2 ini di tabur sepanjang jalan sehingga ke sempadan Plus.Saya sempat kutip separuh bekas maggi cup, tapi masih banyak lagi bertaburan di tepi jalan.Memikirkan keselamatan pengguna yg lain saya telefon PLUS supaya membersihkan paku di kawasan tadbir PLUS.Menuju ke Office saya tengok dua buah motor berhenti di tepi jalan akibat pancit.So di harap pengguna2 yg lain berhati2 melalui kawasan tersebut.
Wassalam.
Yang menjadi persoalannya siapa yang bertanggungjawab menabur paku tersebut?

Photobucket

Dalam durian ada durian

Dalam durian ada durian




Saturday, 23 July 2011

Nasihat Ajoi

Photobucket
*Gambar hiasan ..
Ajoi berjumpa Sumardi yang kelihatan muram di kantin.
Ajoi: “nape ni bro? muka lu monyok semacam jer..”
Sumardi: “Aku malu la Joi,tadi aku kena gelak satu kelas”
Ajoi: “Pehal lak kena gelak? Kan best buat lawak pastu orang gelak..”
Sumardi: “Masalahnya aku bukannya buat lawak..”
Ajoi: “Abis aper?  Cecite,cecite..”

Sumardi: “Gini joi, tadi time geografi, Cikgu Rozita Cik Wan yang cun tu tanya aku –  Paris tu letaknya dimana ? aku tak tau..”
Ajoi: “Tu la bro.. lain kali lu kena mesti ingat…Ni nasihat dari member lu ni…
:
:
:
:
:
:
:
“Lain kali kalau letak barang,jangan lupa kat mana kita letakkannya…”

Wednesday, 20 July 2011

Sedikit Khabar Dari Neraka


*Gambar hiasan.



NERAKA dalam bahasa arab disebut AN-NAR, secara bahasa bererti “api”. Lafaz an-naar banyak disebutkan di dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang bererti api neraka. diantaranya ialah dalam ayat
” Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit (mereka).Dan untuk mereka cambuk-cambuk dari besi.Setiap kali mereka hendak ke luar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (Kepada mereka dikatakan), “Rasailah azab yang membakar ini”.
(Surah Al-Hajj : 19-22)
-LUAS DAN KEDALAMAN NERAKA
untuk mendapatkan gambaran mengenai betapa dalamnya neraka, perhatian hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a berikut ini:
“ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suaru benda yang jatuh. Lalu nabi SAW bertanya : tahukah kalian suara apa ini? Kami menjawab : ALLAH dan RasulNYA yang lebih tahu. Nabi SAW bersabda : Ini adalah suara jatuhnya batu yang dilemparkan ke dalam neraka selama 70 tahun silam, dan sekarang baru jatuh didalam neraka” (HR. Muslim)

1. WAJAH HITAM PEKAT HANGUS TERBAKAR
ALLAH berfirman
” Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dari (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya” (Surah Yunus : 27)

“Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek” (Surah Al-Kahfi : 29)

“pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): “Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu”. (Surah Ali-Imran : 106)

2. KULITNYA MATANG DAN MENCAIR
api neraka itu membakar kulit para penghuni neraka hingga matang dan hancur. Lalu ALLAH mengganti kulit mereka dengan kulit yang lain untuk dibakar lagi, begitu seterusnya.
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-nisa’:56)

3. HATI DAN ORGAN TUBUH DALAM TERBAKAR, USUS-USUS TERBURAI
tubuh penghuni neraka yang terbakar itu tidak hanya organ luar, tetapi semua organ dalampun ikut terbakar
“sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?(iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. (Surah Al-Humazah : 4-7)

semua permintaan dan permohonan para penghuni neraka kepada ALLAH SWT ditolakNYA dengan tegas yang justru menambah kepedihan siksa mereka, sebagai mana firman ALLAH
“Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan adalah kami orang-orang yang sesat.Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim.
Allah berfirman: “Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku. (Surah Al-Mu’minun :106-108)

4. PENGHUNI NERAKA YANG PALING RINGAN SIKSANYA
diriwayatkan dari Abbas bin Abdul Muthalib, ia bertanya kepada Rasulullah SAW : ” ya Rasulullah apakah engkau memberikan suatu manfaat kepada Abu Thalib(bapa saudara Baginda), dia telah memelihara engkau, tapi juga memarahimu ( tidak beriman kepadamu). ” Nabi SAW bersabda ” Ya dia berada didalam siksaan yang paling ringan dari api neraka (api neraka membakarnya sampai pada kedua mata kakinya). andaikan tidak kerana saya, maka ia akan disiksa didalam jurang neraka yang paling dalam (dikerak neraka) (HR. Muslim)
Rasulullah SAW bersabda : “Seringan-ringannya siksaan ahli neraka, iaitu seseorang diberi dua alas kaki dari api, maka otaknya menjadi mendidih sebab dari kedua alas kaki itu, sebagaimana mendidihnya air yang ada di dalam kendil, sampai tetangganya dapat mendengar mendidihnya otak tersebut. Gigi gerahamnya menjadi bara api, bibirnya menjadi bara api, nyalanya api itu sampai keluar dari dalam perutnya, dari kedua telapak kakinya. Orang yang disiksa seperti ini beranggapan bahawa dirinya termasuk penduduk neraka yang sangat pedih siksanya. Padahal sesungguhnya dia termasuk dari penduduk neraka yang ringan siksanya”.

Oh Kolapenjoi



Photobucket
Kolapenjoi: Koleksi Lawak Pendek Ajoi. Ekslusif di muhdpaiz.blogspot.com
1. Siapa dulu sampai di bumi
Ajoi semasa di bangku sekolah. Cikgu sains sedang mengajar kelas Ajoi berkenaan Hukum Newton.
Cikgu Sains: “Ajoi, saya tengok awak dari tadi berangan jer..”
Ajoi: “Takdelah cikgu saya tgh concentrate giler ni..”
Cikgu Sains: ” oo tak ngaku yer. Kalau gitu… saya ada satu soalan awak kena jawab. …Gini, Ada tiga orang penerjun payung terjun. Berat penerjun pertama mempunyai berat 50 kg, penerjun kedua berat badannya 70kg dan penerjun ketiga berat badannya dua kali ganda berat penerjun pertama.
Soalannya jika mereka terjun serentak dari helikopter yang sama, siapa yang mula-mula turun di bumi?”

Ajoi: “Err…Nabi Adam!”
2. Benda di jari Ajoi
Satu malam, selepas main futsal Ajoi dan Sumardi pergi minum di sebuah restoran. Oleh kerana penat dan takde menda nak cerita mereka senyap jer sambil melayan perasaan…
Ajoi sibuk membelek-belek jarinya.
Sumardi: “Joi, apa benda yang ko pegang tu?”
Ajoi: “Entahlah, rupanya macam plastik, tapi kalau dipegang macam chewing gum melekit sikit, ntah pebenda ntah” sambil menunjukan benda tu pada Sumardi.
Sumardi: “Meh gua tengok”
Sumardi memegang benda tersebut dan benda tu melekat-lekat pada ibu jari dan jari telunjuknya.
Sumardi: “Yap nampak macam plastik tapi kalau dipegang macam chewing gum, benda apa ni ek? Kat mana ko dapat?”
Ajoi: “Dari hidung gua…”

3. Kelawar dan tikus
Ajoi sedang melayan anaknya menonton National Geographic.
Biasalah kanak-kanak memang suka bertanya yang kadang-kadang orang tua pening nak menjawabnya.
Anak : “Ayah, kenapa tikus dan kelawar muka macam sama?”
Ajoi: ” Ooo, memang sama jer, cuma kelawar mengambil jurusan penerbangan.”

4. Kelas Menghafal
Sumardi datang bertandang ke rumah Ajoi. Sambil minum kopi yang disediakan isteri Ajoi, diaorang berborak…
Sumardi: “Joi, aku dengar ko masuk kelas menghafalkan, mesti lepas ni IQ ko tinggi”
Ajoi: “Yup, kat kelas tu mengajar dengan teknik yang canggih”
Sumardi: “Apa nama sekolah tu? Aku ingat nak join juga la…”
Ajoi: “Jap, hmm apa nama bunga berwarna merah yang tangkainya ada duri-duri tu?”
Sumardi: “Bunga Ros kot..naper?”
Ajoi: “Ha..bunga Ros…” (sambil melihat isterinya di dapur..)
Ajoi: “Ros…! apa nama sekolah yang ajar menghafal tu..?”
Sumardi: “Ceh nama bini sendiri pun tak terhafal…”

Mencari jati diri

Just for fun, mencari jati diri melalui cara korek hidung

*Orang yang mencintai kebersihan: orang yang selepas korek hidung terus mencuci tangannya.
*Orang murah hati: orang yang rela dikorek hidungnya oleh orang lain.
*Orang sengal: Orang yang tidak tahu cara korek hidung.
*Orang bijaksana: Orang yang tahu bila dia harus korek hidung.
*Orang kasar: Orang yang kalau korek hidung seluruh jari telunjuknya masuk semua.
*Orang yang sadis: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dijentik kepada orang lain.
*Orang yang nak cepat: Orang yang kalau korek hidung kurang dari 2 saat.
*Orang yang serakah: Orang yang korek hidung tidak cukup dengan satu jari.
*Orang yang strategik: Orang yang korek hidung sambil memusing badannya dan membongkok.
*Orang yang perasa: Orang yang kalau habis korek hidung kemudian jarinya dijilat.

*Orang yang sensual: Orang yang korek hidung sambil mendesah.
*Orang yang aquatik: Orang yang sebelum korek hidung jarinya dibasahkan terlebih dahulu.
*Orang yang pemalu: Orang yang kalau ingin korek hidung lari sejauh 500 meter dari orang ramai.
*Orang yang kurang ajar: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di lap pada orang lain
*Orang yang berjimat: Orang yang kalau korek hidung hanya satu minggu sekali.
*Orang yang misteri: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di letakkan di sekelilingnya kemudian
pergi diam-diam bagaikan angin.
*Orang yang sopan: Orang yang meminta izin ke belakang jika ingin korek hidung.
*Orang yang porno: Orang yang korek hidung sambil membayangkan yang bukan-bukan.
*Orang yang perlu perhatian: Orang yang kalau korek hidung sambil menjerit-jerit.
*Orang yang cinta seni: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dijadikan arca.
*Orang yang pengotor: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di sapu ke lengan bajunya.
*Orang yang tidak berperikemanusiaan: Orang yang kalau korek hidung, tahinya diletakkan dalam makanan atau minuman orang sekitarnya.
*Orang yang atletis: Orang yang sebelum korek hidung melakukan ‘warm up”.
*Orang yang kekanak-kanakan: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dibuat main lekat-lekat macam chewing gum. Baca lawak Ajoi
*Orang yang mencari jati diri: Orang yang sedang membaca tulisan ini.

Gila sound

Kat dunia ni macam-macam gila ada…. Gila kamera, gila pancing,  gila betina hohoho etc.
Ada yang gila sound system, kalau dah gila tu, sanggup menghabiskan ribuan RM demi hobi tersebut. Melepak di malam minggu dengan kawan-kawan sekepala dan menghangat suasana dengan bunyi speaker yang pada diaorang sedap didengar.

Tapi seorang mamat ni (member Ajoi kot) yang gila sound system tapi xde member nak join, terpaksa layan sorang-sorang.


.

Tuesday, 19 July 2011


Ajoi dan Thomas Edison

Cikgu: ” Ajoi…! cuba kamu jawab, Siapa itu Thomas Edison?”
Ajoi: ” Tak tau cikgu….”
Cikgu ( bengang ):” Ajoi!! kamu kenapa ha? Tak belajar ker?
Ajoi: ” Belajar juga cikgu. Cikgu tau tak siapa itu Sumardi?”
Cikgu: “Tak tau. Siapa dia?”
Ajoi: “Tulah cikgu, kita kan punya kenalan masing-masing…”
Cikgu: “#&$*#$^#)*$#$%”

Sunday, 17 July 2011

The Lazy Song

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

I'm gonna kick my feet up then stare at the fan
Turn the TV on, throw my hand in my pants
Nobody's gon' tell me I can't

I'll be lounging on the couch just chilling in my Snuggie
Click to MTV so they can teach me how to dougie
'Cause in my castle I'm the freaking man

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
Nothing at all, nothing at all

Tomorrow I'll wake up, do some P90X
Find a really nice girl, have some really nice sex
And she's gonna scream out
[ From: http://www.elyrics.net/read/b/bruno-mars-lyrics/the-lazy-song-lyrics.html ]
This is great
(Oh my god, this is great)

Yeah, I might mess around
And get my college degree
I bet my old man will be so proud of me
But sorry pops, you'll just have to wait

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

No, I ain't gonna comb my hair
'Cause I ain't going anywhere
No, no, no, no, no, no, no, no, no

I'll just strut in my birthday suit
And let everything hang loose
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

Oh, today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

Nothing at all
Nothing at all
Nothing at all

Falsafah Songsang


Pengalaman guru terbaik ?
Malu bertanya sesat jalan,
Kalau tak bertanya akan menimba banyak pengalaman,
Nak menjadi orang yang berpengalaman ?
Jadilah sesat dan jangan bertanya !
“Wang bukanlah jaminan kebahagiaan “,
apalagi kalau kita tidak berwang..
“…. sebuah maha karya besar bermula dari mimpi-mimpi..”,
sekarang pergilah tidur ! dan jangan bekerja !

” jangan menilai lelaki dari penampilan luaran,lihatlah peribadinya..”
rumah peribadinya, kereta peribadinya, kewangan peribadinya, handphone peribadinya, tanah peribadinya dll..
” jangan bermain api, nanti terbakar..”
bermainlah dengan air, kayu, logam dan tanah..
Kata-kata Bijak IT :
Kalau cinta sudah tidak boleh di “repair”
Nampaknya terpaksa di “format” dan “install” semula.
Cinta adalah sesuatu kompleks dan sangat rumit,
biasanya akan muncul berbeza di browser yang berbeza..
Jangan sesekali “mengedit” cinta tanpa
melakukan backup sama sekali..
” jadikan dirimu peribadi yang baik..”,
sebarkanlah kebaikan walau hanya dengan 1 spam..

Setiap kali fajar menyingsing


Setiap kali fajar menyingsing…..
Seekor rusa terjaga dari tidur
Dia tahu, hari ini dia mesti berlari lebih cepat dari seekor singa yang tercepat.
Jika tidak, dia akan terbunuh.
Setiap kali fajar menyingsing….
Seekor singa terbangun dari tidurnya.

Dia tahu, hari ini dia harus mampu mengejar seekor rusa yang paling lambat.
Jika tidak, dia akan mati kelaparan.
Korang…
Tidak ada masalah adakah kau seekor rusa atau seekor singa..
kerana setiap kali fajar menyingsing, sebaiknya engkau mulai berlari.
Setelah keheningan malam mulai memecah, seiring dengan fajar yang mulai merekah, saat kewajiban solat Subuh selesai ditunaikan, Rasulullah SAW tetap duduk di tempat selepas solat Subuh untuk berzikir menyebut asma Allah sehingga terbit matahari. Kemudian beliau mengerjakan solat dua rakaat.
Jabir bin Samurah R.A menceritakan kepada kita: “Biasanya Rasulullah SAW selalu duduk di tempat solat selesai menunaikan solat subuh sehingga matahari benar-benar meninggi.” (HR: Muslim)
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mengamalkan sunah yang agung tersebut. Beliau menyebutkan pahala dan balasan yang besar bagi orang yang mengamalkannya.
Dari Anas bin Malik R.A, berkata Rasulullah SAW pernah bersabda, yang bermaksud:
“Barang siapa yang ikut solat fajar berjemaah di masjid, lalu duduk berzikir mengingati Allah Taala sampai matahari terbit, kemudian mengerjakan solat dua rakaat, maka baginya pahala bagaikan orang yang menunaikan ibadah haji dan umrah dengan sempurna, sempurna dan sempurna.” (HR: At-Tirmidzi)

Orang Positif VS Orang Negatif



Orang Positif selalu jadi sebahagian dari jawapan;
Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah.
Orang Positif selalu mempunyai perancangan;
Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam.
Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”;
Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah;
Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan.

Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”.
Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”;
Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”.
Orang Positif membuat komitmen-komitmen;
Orang negatif membuat janji-janji.
Orang Positif mempunyai impian-impian;
Orang negatif mempunyai tipu muslihat.
Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”.
Orang Positif adalah sebahagian dari sebuah team;
Orang negatif melepaskan diri dari team.
Orang Positif melihat peluang;
Orang negatif melihat kesusahan.
Orang Positif melihat kemungkinan-kemungkinan;
Orang negatif melihat permasalahan.
Orang Positif percaya pada menang-menang (win-win);
Orang negatif percaya, mereka yang harus menang dan orang lain harus kalah.
Orang Positif melihat potensi;
Orang negatif melihat yang sudah terlewat.
Orang Positif seperti thermostat;
Orang negatif seperti thermometer.
Orang Positif memilih apa yang mereka katakan;
Orang negatif mengatakan apa yang mereka pilih.
Orang Positif menggunakan perbalahan keras dengan kata-kata yang lembut;
Orang negatif menggunakan perbalahan lembut dengan kata2 yang keras.
Orang Positif selalu berpegang teguh pada nilai2 tapi bersedia berkompromi pada hal2 remeh;
Orang negatif berkeras pada hal2 remeh tapi mengkompromikan nilai2.
Orang Positif berkata, “Jangan berbuat pada orang lain apa yang Anda tidak ingin orang lain perbuat pada anda”;
Orang negatif berkata, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya pada anda”.
Orang Positif membuat sesuatu terjadi;
Orang negatif membiarkan sesuatu terjadi.
Para Orang Positif selalu merancang dan mempersiapkan diri, lalu memulai tindakan untuk menang…
Para Orang negatif hanya merancang dan berharap dia akan menang.

Wednesday, 13 July 2011

Lelaki Terbusuk Di Dunia


Bagi kita tidak mandi selama beberapa hari pasti sudah menimbulkan gatal-gatal dan tentunya bau badan yang tidak sedap, sehingga kita sendiri merasa tidak selesa.
Namun tidak bagi Kailash Singh, lelaki berumur 65 tahun , seorang petani ini tidak pernah mandi selama 37 tahun. Oleh kerana kebiasaan ‘buruk’nya ini, Kailash dinobatkan sebagai ‘lelaki terbusuk’ di dunia.

Bukan hanya dia tidak pernah mandi, Kailash juga tidak pernah memotong rambutnya sejak tahun 1974. Kini, rambutnya telah sepanjang 6 kaki atau lebih kurang 1.8 meter.
Perkara tersebut dilakukan Kailash kerana mengikut kepercayaannya dari seorang bahawa iaitu seorang ketua agama yang memberi jaminan akan memiliki anak lelaki jika mengikuti ajarannya. Singh kini memiliki tujuh orang anak perempuan.
Setiap hari, Singh yang sebagai petani tersebut menghabiskan masa menggembala lembu dibawah terik panas matahari yang suhunya mencapai 47 celsius. Namun dia tidak pernah membersihkan tubuh. Malah, Sign melakukan aktiviti mandi api setiap malam, berdoa kepada Dewa Siwa dan menari-nari mengelilingi api unggun. Ritual ‘mandi api’ dipercayainya mampu membersihkan dirinya.
Keluarganya mengaku amat tersiksa akibat perangai Singh yang tidak mandi. Namun mereka kini tidak lagi mencuba memujuk dan memaksanya mandi ke sungai.
Isterinya, Kalavati Devi, 60, berkata berusaha sekuat tenaga mencuba suami mandi namun usaha tersebut malah berakhir dengan pergaduhan. Isterinya juga mengancam menolak tidur sekatil jika Singh tidak mandi, namun Singh tetap berkeras tidak mahu mandi dan setia mengikuti keyakinannya.

Tuesday, 12 July 2011

Ajoi Dan Pengemis



Satu pagi, Ajoi baru bangun tidur, kedengaran ada orang beri salam depan pintu pagar rumahnya.Apabila dia jengah kelihatan seorang yang sihat tapi berpakaian kotor, cuba nak minta sedekah. Ajoi bukan kedekut sangat tapi oleh kerana dia belum ada mood kerana baru bangun tidur..
Cam biasa, terjadilah dialog-dialog:
Pengemis : “Encik, minta sedekah, saya sedang kelaparan ni..”
Ajoi : “Maaf, saya belum memasak nasi” (dalam hati..malas nak layan)
Pengemis : “Kalau begitu, berilah saya secawan beras.Biar saya masak sendiri.”
Ajoi : “Saya takde beras”
Pengemis : “Kalau begitu, minta air untuk saya minum saja, saya pun kehausan sangat ni..”
Ajoi : “Air pun takde…”
Pengemis : “Kalau begitu ……..
Ajoi :”.Kenapa terdiam lak?” Ajoi ingat dia dah menang…
Pengemis : “Jom mengemis bersama saya!”