Sunday, 23 October 2011
Menginstall Cinta Kasih
Customer Service (CS): Ya, ada yang boleh saya bantu?
Pelanggan (P): Sebenarnya saya ingin menginstall cinta kasih. bolehkah anda membantu saya menyelesaikan prosesnya?
CS: Ya, saya dapat membantu anda. Anda bersedia melakukannya sekarang?
P: Baik, saya tidak tahu secara teknikal, tetapi saya bersedia untuk menginstallnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?
CS: Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukan anda di mana HATI anda?
P: Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya tetap boleh menginstallnya sementara program-program tersebut aktif?
CS: Program apa saja yang sedang aktif?
P: Sekejap, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, CEMBURU.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.
CS: Tidak apa-apa. CINTA-KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE dari system operasi Anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan di’replace’ dengan program lain. CINTA-KASIH akan replace CEMBURU.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak terinstall secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?
P: Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda membantu saya?
CS: Gunakan Start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap mungkin sehingga BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.
P: OK, sudah. CINTA-KASIH mulai terinstall secara auto. Adakah memang camni?
CS: Ya, anda akan menerima message bahwa CINTA-KASIH akan terus diinstall kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat message tersebut?
P: Ya. Apakah sudah selesai install?
CS: Ya, tapi ingat bahawa anda hanya punya program asas sahaja. Anda perlu menghubungkan HATI yang lain supaya dapat mengupgradenya.
P: Oops. Saya mendapat message error. Apa yang harus saya lakukan?
CS: Apa messagenya?
P: ERROR 412 – PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT”. apa maksudnya?
CS: Jangan khuatir, itu masalah biasa. Maksudnya, program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI external tetapi belum boleh aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu kesukaran program, tetapi dalam istilah non-teknik ini bererti anda harus men-”CINTA-KASIH”-i mesin anda sendiri sebelum men-”CINTA-KASIH”-i orang lain.
P: Lalu apa yang harus saya lakukan?
CS: Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut “PASRAH”?
P: Ya, sudah.
CS: Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori “MYHEART” MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MEYEDARI-KEKURANGAN.TXT. sistem akan replace file-file yang konflik dan mula memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P: Sudah. Hei! HATI saya terisi file-file baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahwa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dikopi ke HATI. Adakah memang begini?
CS: Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu masa untuk mendownloadnya. Jadi CINTA-KASIH telah terinstall dan aktif. Anda harus boleh menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.
P: Apa?
CS: CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembal
Microsoft Mengambil Hacker Sebagai Pekerja
Ada dua pilihan ketika sebuah perniagaan besar berurusan dengan hacker: Menyaman atau merekrut.
Tidak seperti Sony, rumours langkah berbeza dilakukan Microsoft kepada remaja berusia 14 tahun ini.
Remaja yang dikenali di dunia maya dengan nama samaran ‘Jake’ ini mula dikenali selepas dia boleh menggodam server game Call of Duty: Modern Warfare 2 dengan teknik phising scam. Akibat angkaranya, Activision iaitu pembuat game itu menggelabah.
Peristiwa hack tersebut diketahui oleh Microsoft.
Seperti dikutip dari detikINET dari Hacker news report, Microsoft dikatakan akan membantu Jake mengembangkan bakatnya untuk tujuan positif. Perkara ini menjadi kontroversi kerana mengapa Microsoft sanggup mengambil pekerja di bawah umur.
Bagaimanapun Managing Director Microsoft Ireland, Paul Rellis membantahnya. Microsoft tidak mungkin mengambil remaja di bawah umur.
Tidak seperti Sony, rumours langkah berbeza dilakukan Microsoft kepada remaja berusia 14 tahun ini.
Remaja yang dikenali di dunia maya dengan nama samaran ‘Jake’ ini mula dikenali selepas dia boleh menggodam server game Call of Duty: Modern Warfare 2 dengan teknik phising scam. Akibat angkaranya, Activision iaitu pembuat game itu menggelabah.
Peristiwa hack tersebut diketahui oleh Microsoft.
Seperti dikutip dari detikINET dari Hacker news report, Microsoft dikatakan akan membantu Jake mengembangkan bakatnya untuk tujuan positif. Perkara ini menjadi kontroversi kerana mengapa Microsoft sanggup mengambil pekerja di bawah umur.
Bagaimanapun Managing Director Microsoft Ireland, Paul Rellis membantahnya. Microsoft tidak mungkin mengambil remaja di bawah umur.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda…
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah”
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir” (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku” (Riwayat Ibn Majab)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)” (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya” (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat” (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)” (Riwayat Al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya” (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Lain-lain kata mutiara Rasulullah SAW:
Jauhilah dengki, kerana dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu.
Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia.
Makanlah Sebelum Lapar dan Berhentilah Sebelum Kenyang.
Tiga sifat manusia yang merosakkan adalah, kedekut yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti, serta sifat mengkagumi diri sendiri yang berlebihan.
Pahlawan bukanlah orang yang berani meletakkan pedangnya ke kepala lawan, tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya semasa dia marah.
Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.
Cinta kepada Allah adalah puncaknya cinta. Lembahnya cinta adalah cinta kepada sesama.
Keluhuran budi pekerti akan kelihatan pada ucapan dan tindakan.
Orang yang berjiwa besar teguh pendiriannya, tetapi tidak keras kepala.
Hulurkan cintamu kerana Tuhanmu dan tariklah cintamu kerana Tuhanmu, anda tentu tak akan kecewa.
Seseorang yang optimis akan melihat adanya kesempatan dalam setiap malapetaka, sedangkan orang pesimis melihat malapetaka dalam setiap kesempatan.
Ingatlah, boleh jadi manusia itu mencintai sesuatu yang membahayakan dirinya atau membenci sesuatu yang bermanfaat baginya. Mohonlah petunjukNya.
Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda.
Orang besar menempuh jalan kearah tujuan melalui rintangan dan kesukaran yang hebat.
Berbuat baiklah kepada orang lain seperti berbuat baik kepada diri sendiri.
Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Memperbaiki diri adalah alat yang ampuh untuk memperbaiki orang lain.
Jika seseorang tidak mencintai anda janganlah dia anda benci, kerana mungkin akan tumbuh benih cinta kembali.
Bukan kecerdasan anda, melainkan sikap andalah yang yang akan mengangkat anda dalam kehidupan.
Perjuangan seseorang akan lebih bererti jika dimulai dari diri sendiri.
Jika rasa cinta terbalas, maka bersyukurlah kerana Allah telah memberikan hidup lebih berharga dengan belas Kasih-Nya.
Dalam perkataan, tidak mengapa anda merendahkan diri, tetapi dalam aktiviti tunjukkan kemampuan Anda.
Tegas berbeza jauh dengan zalim. Tegas itu mantap dalam kebijaksana sedangkan zalim itu keras dengan sewenang-wenangnya.
Jika rasa cinta itu tidak terbalas maka bersukurlah, kerana anda akan dipilihkan Allah yang lebih baik.
Sifat orang yang berlilmu tinggi adalah merendahkan hati kepada manusia dan takut kepada Tuhan.
Tempayan Emas
Sebuah kisah yang terjadi di masa lalu, sebelum Nabi kita Muhammad SAW dilahirkan..
Kisah yang menggambarkan kepada kita pengertian amanah, kezuhudan, dan kejujuran serta wara’ yang sudah sangat jarang ditemukan dalam kehidupan manusia di abad ini.
Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang ertinya):
Ada seorang lelaki membeli sebidang tanah dari seseorang. Yang ternyata di dalam tanah yang dia beli tersebut itu terdapat sebuah tempayan emas. Lalu berkatalah orang yang membeli tanah itu kepada penjual tanah tersebut:
“Ambillah emasmu, sebenarnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”
Si pemilik tanah berkata kepadanya: “bahawasanya saya menjual tanah kepadamu beserta isinya.”
Oleh kerana masing-masing dari mereka tidak ada yang mahu mengaku tempayan emas tersebut, maka akhirnya keduanya pun menemui seseorang untuk menjadi hakim atas masalah yang mereka hadapi.
Kemudian berkatalah orang yang diangkat menjadi hakim tersebut: “Apakah kamu berdua mempunyai anak?”
Salah satu dari mereka berkata: “Na’am, Saya ada seorang anak lelaki.”
Yang lain berkata: “Saya ada seorang anak perempuan.”
Lalu Sang hakim berkata: “Nikahkanlah mereka berdua dan berilah mereka belanja dari harta ini serta bersedekahlah kalian berdua.”
————————————————————————-
Sahabat..
Sungguh, betapa indah kisah yang dikisahkan oleh Rasulullah SAW ini.
Di zaman yang kehidupan serba dinilai dengan material dan keduniaan. Bahkan hubungan persaudaraan pun dibina di atas kebendaan.
Didalam hadis ini, Rasulullah SAW mengisahkan, transaksi yang mereka lakukan hanya berkaitan sebidang tanah. Si penjual berasa yakin bahawa isi tanah itu sudah termasuk dalam transaksi mereka. Sementara si pembeli berkeyakinan sebaliknya; isinya tidak termasuk dalam akad jual beli tersebut.
Kedua lelaki ini tetap bertahan, mereka lebih memilih sikap wara’ (berhati-hati), tidak mau mengambil dan membelanjakan harta itu, kerana adanya kesamaran, apakah harta tersebut halal baginya ataukah haram?
Mereka juga tidak berebut-rebut mendapatkan harta itu, bahkan berupaya menghindarinya.
Semak apa yang dikatakan si pembeli tanah: “Ambillah emasmu, sebetulnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”
Barangkali kalau kita yang mengalami, masing-masing akan berusaha mencari kebenaran, bukti untuk menunjukkan dirinya lebih berhak terhadap emas tersebut.
Tetapi bukan itu yang hendak di sampaikan melalui kisah ini.
Hadis ini menerangkan ketinggian sikap amanah mereka dan tidak adanya keinginan mereka mengaku sesuatu yang bukan haknya. Juga sikap jujur serta warak mereka terhadap dunia, tidak bercita-cita untuk mengambil hak yang belum jelas siapa pemiliknya.
Kemudian muamalah mereka yang baik, bukan hanya akhirnya menimbulkan kasih sayang sesama mereka, tetapi menumbuhkan ikatan baru berupa berbesan. Bahkan, harta tersebut tidak pula keluar dari keluarga besar mereka. Allahu Akbar.
Bandingkan dengan keadaan sebagian kita di zaman ini, sampai ada kata-kata:
“Mencari yang haram pun sukar, apalagi yang halal?” Subhanallah…
Kemudian, mari perhatikan sabda Rasulullah SAW dalam hadis An-Nu’man bin Basyir R.Ama:
“Siapa yang terjatuh ke dalam syubhat (perkara yang samar) bererti dia jatuh ke dalam perkara yang haram.”
Sementara kebanyakan kita, menganggap ringan perkara syubhat ini.
Padahal Rasulullah SAW menyatakan, bahawa siapa yang jatuh ke dalam perkara yang samar itu, boleh jadi dia jatuh ke dalam perkara yang haram. Orang yang jatuh dalam perkara-perkara yang meragukan, berani dan tidak memperdulikannya, hampir-hampir dia mendekati dan berani pula terhadap perkara yang diharamkan lalu jatuh ke dalamnya.
Rasulullah SAW sudah menjelaskan pula dalam sabdanya yang lain:
“Tinggalkan apa yang meragukanmu, kepada apa yang tidak meragukanmu.”
Iaitu tinggalkanlah apa yang engkau ragu tentangnya, kepada sesuatu yang meyakinkanmu dan kamu tahu bahawa itu tidak mengandung kesamaran.
Sedangkan harta yang haram hanya akan menjadi tidak berkah, mengundang kemurkaan Allah SWT, menghalangi terkabulnya doa dan membawa seseorang menuju neraka jahanam.
Tidak, ini bukan dongeng sebelum tidur…
Inilah kisah nyata yang diceritakan oleh Ash-Shadiqul Mashduq (yang benar lagi dibenarkan) SAW, yang Allah SWT berfirman tentang beliau SAW:
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)
Kedua lelaki itu menjauh dari harta tersebut sampai akhirnya mereka datang kepada seseorang untuk menjadi hakim yang memutuskan perkara mereka berdua.
Menurut sebagian ulama, zahirnya lelaki itu bukanlah hakim, tapi mereka berdua memintanya memutuskan persoalan di antara mereka.
Dengan keshalihan kedua lelaki tersebut, keduanya lalu pergi menemui seorang yang berilmu di antara ulama mereka agar memutuskan perkara yang sedang mereka hadapi. Adapun kesalahfahaman si penjual, bahawa dia menjual tanah dan apa yang ada di dalamnya, sehingga emas itu bukan miliknya. Sementara si pembeli beralasan, bahawa dia hanya membeli tanah, bukan emas.
Akan tetapi, rasa takut kepada Allah SWT membuat mereka berdua merasa tidak butuh kepada harta yang meragukan tersebut.
Kemudian, datanglah keputusan yang membuat lega semua pihak, iaitu pernikahan anak lelaki salah seorang dari mereka dengan anak perempuan pihak lainnya, memberi belanja keluarga baru itu dengan harta karun tersebut, sehingga menguatkan persaudaraan imaniah di antara dua keluarga yang soleh ini.
Perhatikan pula kejujuran dan sikap warak sang hakim. Dia memutuskan persoalan keduanya tanpa merugikan pihak yang lain dan tidak mengambil keuntungan apapun. Seandainya hakim itu tidak jujur atau tamak, tentu akan membuat keputusan yang menyebabkan harta itu lepas dari tangan mereka dan jatuh ke tangannya.
Pelajaran yang kita ambil dari kisah ini adalah sekelumit tentang sikap amanah dan kejujuran serta warak yang sudah jarang di zaman kita.
Demikianlah cara pandangan orang-orang soleh terhadap dunia ini. Adakah diantara kita yang mahu mengambil pelajaran?
Semoga cerita ini bermanfaat bagi kita semua dalam berniaga..
Ajoi Yang Femes
Ajoi dan Sumardi sedang berborak dan macam biasa kalau tak bertekak bukan Ajoi dan Sumardi ler tu…Kali ni Ajoi mengatakan kepada Sumardi bahawa satu Malaysia kenal dia.
Ajoi: Siti Nurhaliza pun kenal aku …!
Sumardi: Tipulah endok.. cuba kau buktikan
Selesai konsert, Ajoi dan Sumardi pergi ke belakang stage jumpa Dato Siti Nurhaliza. Ternyata Dato Siti memang kenal dengan Ajoi…Siap main cubit-cubit lagi “Saya memang suka la lawak you tu Ajoi…kira saya peminat awak la nombor satu tau”
Sumardi terkesima tapi dia masih belum pasrah..
Sumardi: Ala tu kebetulan jer.. cuba ko cakap lagi siapa orang terkenal yang kenal ko..
Kebetulan Tan Sri Syed Mokhtar lalu dan Ajoi pun menyapa ..”Tan Sri..! lama tak jumpa!”
Tan Sri Mokhtar: “Ohh Ajoi, saya nak balik ni. Jom la datang rumah, borak-borak minum kopi”
Ajoi: Terima kasih Tan Sri, tapi hari saya bz sikit…
Sumardi tercengang namun masih tidak puas hati..
Ajoi: Hah! Lu tengok..kan aku dah cakap.
Sumardi: Ok Joi.. kalau lu memang terkenal satu Malaysia, tentu DS Najib pun kenal!
Ajoi: Ok jom kita tengok dia berucap kat stadium tu..
Sumardi: Ok.. (takkan kenal kot..)
Selepas setengah jam menunggu, kemudian tepuk tangan kedengaran gemuruh selepas DS Najib selesai berucap. Ajoi tiba-tiba meluru dan bersalam dengannya. Yang memeranjatkan Sumardi ialah DS pun berjabat tangan tak lepas-lepas sambil main cucuk-cucuk pinggang lagi. Lepas tu sambil letak kat bahu Ajoi, mereka turun dari stage.
Lepas tu, Ajoi pun mendapatkan Sumardi tapi dia tengok Sumardi pengsan. Selepas membuat CPR…(buwek) Sumardi pun sedar.
Ajoi: La.. pesal lu pengsan lak?
Sumardi: Diaorang kenal ko, satu hal Joi… yang buat aku pengsan bila aku dengar penonton belakang aku berkata…
“EH SAPA TU YANG BERJALAN SEBELAH AJOI TU….!”
Ajoi: Siti Nurhaliza pun kenal aku …!
Sumardi: Tipulah endok.. cuba kau buktikan
Selesai konsert, Ajoi dan Sumardi pergi ke belakang stage jumpa Dato Siti Nurhaliza. Ternyata Dato Siti memang kenal dengan Ajoi…Siap main cubit-cubit lagi “Saya memang suka la lawak you tu Ajoi…kira saya peminat awak la nombor satu tau”
Sumardi terkesima tapi dia masih belum pasrah..
Sumardi: Ala tu kebetulan jer.. cuba ko cakap lagi siapa orang terkenal yang kenal ko..
Kebetulan Tan Sri Syed Mokhtar lalu dan Ajoi pun menyapa ..”Tan Sri..! lama tak jumpa!”
Tan Sri Mokhtar: “Ohh Ajoi, saya nak balik ni. Jom la datang rumah, borak-borak minum kopi”
Ajoi: Terima kasih Tan Sri, tapi hari saya bz sikit…
Sumardi tercengang namun masih tidak puas hati..
Ajoi: Hah! Lu tengok..kan aku dah cakap.
Sumardi: Ok Joi.. kalau lu memang terkenal satu Malaysia, tentu DS Najib pun kenal!
Ajoi: Ok jom kita tengok dia berucap kat stadium tu..
Sumardi: Ok.. (takkan kenal kot..)
Selepas setengah jam menunggu, kemudian tepuk tangan kedengaran gemuruh selepas DS Najib selesai berucap. Ajoi tiba-tiba meluru dan bersalam dengannya. Yang memeranjatkan Sumardi ialah DS pun berjabat tangan tak lepas-lepas sambil main cucuk-cucuk pinggang lagi. Lepas tu sambil letak kat bahu Ajoi, mereka turun dari stage.
Lepas tu, Ajoi pun mendapatkan Sumardi tapi dia tengok Sumardi pengsan. Selepas membuat CPR…(buwek) Sumardi pun sedar.
Ajoi: La.. pesal lu pengsan lak?
Sumardi: Diaorang kenal ko, satu hal Joi… yang buat aku pengsan bila aku dengar penonton belakang aku berkata…
“EH SAPA TU YANG BERJALAN SEBELAH AJOI TU….!”
Woii kitaorang tutup aurat la..
Subscribe to:
Posts (Atom)