Bunkface-Situasi

Saturday, 25 June 2011

Kamu Bukan Ninja


Sebuah kereta , tiba-tiba rosak di hadapan sebuah rumah. Pemandunya kemudian berjalan ke arah rumah dan mengetuk pintu dan berkata “kereta saya rosak, bolehkah saya tumpang tidur disini?” Sebenarnya tuan rumah tersebutadalah seorang ninja, ninja tersebut menerimanya dengan tangan terbuka, menyediakan pemuda tersebut makan malam, bahkan membantu memperbaiki keretanya.
Ketika pemuda itu hampir tertidur, dia mendengar suara-suara pelik. Esok paginya, dia bertanya pada ninja tersebut mengenai suara apa itu, tapi ninja berkata “Saya tidak boleh memberitahu kepadamu, kerana kamu bukan ninja…“.

Pemuda tersebut kecewa, namun tetap sangat berterima kasih, dan meneruskan perjalanannya.
Beberapa tahun kemudian,secara kebetulan, pemuda yang sama kembali mengalami rosak didepan rumah yang sama. Lagi sekali ninja tersebut menerimanya, memberi dia makan malam, dan bahkan memperbaiki keretanya.
Pada malam itu, dia mendengar suara-suara pelik lagi seperti yang dia dengar beberapa tahun sebelumnya.
Pada paginya, dia bertanya pada ninja tersebut, suara apa itu, namun lagi-lagi ninja berkata “Saya tidak boleh memberitahu kepadamu, kerana kamu bukan ninja”.
Pemuda itu berkata, “ok, ok, saya terasa amat teruja sangat nak tahu…
Jika satu-satunya cara untuk mengetahui suara itu adalah menjadi seorang ninja, bagaimana caranya saya boleh menjadi ninja”?
Ninja tersebut menjawab, “kamu harus berjalan sekeliling dunia dan menghitung berapa banyak rumput diatas dunia ini. Apabila kamu sudah selesai mengira, kamu akan jadi ninja”.
45 tahun kemudian, si pemuda kembali dan mengetuk pintu rumah tersebut. dia berkata “Saya telah mengelilingi dunia, dan mengetahui bahawa jumlah rumput adalah 145,236,284,232 hela.
Ninja tersebut menjawab, “selamat, kamu telah menjadi ninja, Ok sekarang saya akan menunjukkan tempat suara-suara pelik tersebut”.
Ninja tersebut membawa pemuda tersebut ke sebuah pintu kayu, dan berkata “Suara itu berasal dari belakang pintu itu”, si pemuda membuka pintunya tetapi ternyata ia berkunci, dan dia berkata “Hey! mana kuncinya”, ninja tersebut memberikannya kunci, dan apabila pemuda tersebut masuk rupanya di belakang pintu kayu tersebut ada sebuah pintu lagi yang terbuat dari batu, si pemuda meminta kunci untuk pintu batu tersebut.
Ninja memberikan kunci untuk pintu batu, dan si pemuda membukanya tetapi ada pintu lagi dari perak. Begitu seterusnya sehingga pemuda tersebut membuka pintu dari berlian, intan, dan emas.
“Akhirnya” kata ninja, “Ini adalah pintu yang terakhir”.
Dengan tak sabar dia membuka pintu yang terakhir, dan dibelakang pintu itu dia sangatkagum melihat sumber suara pelik tersebut.
Keterangan untuk Asal suara pelik itu adalah…:
Tapi maaf admin juga tidak boleh memberitahu kepada anda….
:
kerana kamu bukan ninja!
Hohoho 10000 X sorry!

Kisah seorang pencuri yang tidak jadi mencuri


Ketika sepasang suami isteri di sebuah kampung sedang tidur tiba-tiba tersedar melalui bunyi yg mencurigakan, bunyi
mencurigakan sebenarnya itu berasal dari seorang pencuri yg hendak mencuri di rumah mereka. Pencuri tersebut sedang duduk di bawah rumah sedang menunggu peluang.
Pada bunyi pertama membuatkan isteri bertanya ke suaminya
Isteri: Bang, bunyi apa itu?
suami : ah bunyi tikus itu, yang. Takde apa-apa tu. jom kita tidur jer..
Isterinya pun mengikut kata suaminya, pencuri di bawah rumah pun lega.

Selang beberapa minit terdengarlah lagi bunyi, membuatkan isterinya tersedar lagi.
Isteri : Bang tu bunyi aper lagi, Bang,
suami : Yang ni bunyi kucing la yang. Takde apa-apa tu. jom kita tidur jer..
Isterinya pun mengikut kata suaminya, pencuri di bawah rumah pun lega.
Untuk ketiga kali pencuri di bawah rumah membuat bunyi bising lagi kali ni terlanggar kayu yang disusun di bawah rumah sehingga isteri tuan rumah tersedar lagi.
Isteri : Bang,ada bunyi lagi!
Dengan boringnya suaminya menjawab,
Suami : Ahh bunyi BABI tu yang! Takde apa-apa tu. jom kita tidur jer..
mendengar perkataan BABI, membuatkan pencuri di bawah rumah terasa
“Cis ader aku dikatakan babi, tak patut betul…”
Akhirnya pencuri tersebut tidak jadi mencuri untuk selamanya kerana tak mahu dikatakan babi.

Friday, 24 June 2011

Myself

OK ni name aku Muhammad Faiz Bin.......Then,aku ni bukan lerr pandai sangat jadi jangan igat aku pandai sampai semua nak taye aku,aku ni nak kate kelakar pun aku x tau gak kadang2 aku ni memang kelakar kadang2 x,hahahahha,tapi sape jadi kawan aku macam ......(panjang sangat) memang bertuah sebab aku jage hati kawan2 aku,kadang aku menyusah tapi x de la menyusah sangat.Kalau bagi aku ni aku nak buat kawan2 aku happy ngan aku sepanjang dia di sisi ku tapi aku ni manusia hahahaha.Then tu je la pasal myself ,kalau nak tau lagi jadilah MY FRIEND and BE MY FRIEND FOREVER

Petua Buang Angin


Petua yang dikongsi dapat melalui email,
Salam semua.
Saya nak kongsi 1 petua dengan anda. Petua ni saya dapat hasil daripada pembacaan saya semasa berada di kampung.
Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan.
Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.
Saidina Ali berkata ;“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut.
Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”
Epal berkhasiat membuang angin dalam badan. Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan.
Apa yang perlu anda buat ialah,
1. Cium atau hidu lah bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.*
Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah..

Tuesday, 21 June 2011

Kawan


Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??
Mereka berkedip bersama….. …….,
Bergerak bersama…… …..,
Menangis bersama….. ……,
Melihat bersama dan……… .,
Tidur bersama….. …..
Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain…..
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu…….. ….
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ………..  

Kepercayaan Masyarakat Melayu


Kepercayaan turun-temurun masyarakat Melayu
Oleh
Noor Hasnah Adam
Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.
 
Misalnya, seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, masyarakat Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan.
Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.
Namun ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.
 Begitu juga, jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.
 Kucing adalah binatang yang rapat dengan orang Melayu selain ayam. Justeru banyak petanda yang ditunjukkan oleh kucing yang ditanggap orang Melayu mempunyai maksud tertentu.
 Kata orang, kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang. 
Namun kalau kumbang atau belalang pelesit yang masuk ke dalam rumah, bermaksud ada benda mistik yang tak elok bertandang.
 
Cicak pula memang ada di mana-mana. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran
 
Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa maksud. Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu bermaksud kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan. 
Namun kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban.
 
 Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa ‘biawak hidup’ yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.Sekiranya kita didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh. 
 
Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah.
 
 Walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam. Hanya Tuhan yang tahu segalanya.
 
Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya.
ADA banyak kepercayaan masyarakat Melayu yang berhubungan dengan tanda-tanda alam.

Saturday, 18 June 2011

Lawak Minggu 1 (2)

Biasa dengar cerita percintaan Uda dan Dara, Romeo dan Juliet dan sebagainya yang sanggup buat apa saja demi cinta mereka yang kononnya cinta sejati.
Ini dara, awek yang sedang mekar


Ini pula Uda, pakwe kepada dara

Mereka sedang kemaruk bercinta

Biasalah tengah kemaruk bercinta. Mereka tak endahkan pesanan Sohaimi Mior Hassan – . .jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang.Pergi clubbing setiap malam

Mamat ini pula ialah Sumardi iaitu kawan kepada Uda yang jeles melihat kawannya bergembira.

Sumardi sudah report kepada ayah si dara. Ayah si dara hangin satu badan tidak merestui percintaan mereka..

Kerana ayahnya sudah ada calonnya sendiri iaitu si Ajoi anak orang kaya tetapi merupakan samseng Kg Dusun.

Ayahnya terus mengahwinkan Dara dengan Ajoi

Uda frust giler dan mengikut kata syaitan dan membuat keputusan bodoh, membunuh diri

Si Dara yang tak berapa nak dara tadi pun rasa bersalah dengan kematian si Uda.
Dia pun membuat keputusan nekad juga…
:
:
:
:
Terjun ke kuali yang penuh minyak panas…

Berakhirlah riwayat mereka . Inilah kisah sadis Uda dan Dara..macam cerita drama-drama Melayu, sinetron, hindustan dan sebagainya samada nak jadikan happy ending atau sad ending dan orang-orang kita pun berair-air mata menghayati cerita ini dan memollow cerita ni setiap hari dari episod 1 hingga ke episod 49.

Lawak Minggu 1

Sumardi ke kedai haiwan peliharaan Ajoi melihat-lihat burung yang dijual.
Sumardi: Joi, burung yang pandai menyanyi tu kau jual berapa?
Ajoi : RM100 jer, burung tekukur ni bunyinya merdu bai…
Sumardi: Emm mahal juga yerk..burung yang diam jer tu?
Ajoi: RM200..!

Sumardi: La.. apasal yang diam lagi mahal bro?
Ajoi: Burung ni diam jer pasal dia pencipta lagu burung yang menyanyi tu! Tu dia tengah mencipta lirik lagu baru tu..
Sumardi: ##$%^!

Keistemewaan blog ini

Pada Sabtu dan Ahad saya akan post benda yg menarik jadi jangan terlepas walaupun satu.Tapi jangan la tegok saje follow la blog ni.thanks

Friday, 17 June 2011

budak baru buat blog

Aku ni baru buat blog jadi mungkin ade org kate 'eleh blog ni bosan lerr' jadi tolong comment jadi saye boleh perbaiki blog ini