Bunkface-Situasi

Sunday 23 October 2011

Menginstall Cinta Kasih

Photobucket
Customer Service (CS): Ya, ada yang boleh saya bantu?
Pelanggan (P): Sebenarnya saya ingin menginstall cinta kasih. bolehkah anda membantu saya menyelesaikan prosesnya?
CS: Ya, saya dapat membantu anda. Anda bersedia melakukannya sekarang?
P: Baik, saya tidak tahu secara teknikal, tetapi saya bersedia untuk menginstallnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?
CS: Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukan anda di mana HATI anda?

P: Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya tetap boleh menginstallnya sementara program-program tersebut aktif?
CS: Program apa saja yang sedang aktif?
P: Sekejap, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, CEMBURU.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.
CS: Tidak apa-apa. CINTA-KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE dari system operasi Anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan di’replace’ dengan program lain. CINTA-KASIH akan replace CEMBURU.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak terinstall secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?
P: Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda membantu saya?
CS: Gunakan Start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap mungkin sehingga BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.
P: OK, sudah. CINTA-KASIH mulai terinstall secara auto. Adakah memang camni?
CS: Ya, anda akan menerima message bahwa CINTA-KASIH akan terus diinstall kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat message tersebut?
P: Ya. Apakah sudah selesai install?
CS: Ya, tapi ingat bahawa anda hanya punya program asas sahaja. Anda perlu menghubungkan HATI yang lain supaya dapat mengupgradenya.
P: Oops. Saya mendapat message error. Apa yang harus saya lakukan?
CS: Apa messagenya?
P: ERROR 412 – PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT”. apa maksudnya?
CS: Jangan khuatir, itu masalah biasa. Maksudnya, program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI external tetapi belum boleh aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu kesukaran program, tetapi dalam istilah non-teknik ini bererti anda harus men-”CINTA-KASIH”-i mesin anda sendiri sebelum men-”CINTA-KASIH”-i orang lain.
P: Lalu apa yang harus saya lakukan?
CS: Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut “PASRAH”?
P: Ya, sudah.
CS: Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori “MYHEART” MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MEYEDARI-KEKURANGAN.TXT. sistem akan replace file-file yang konflik dan mula memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P: Sudah. Hei! HATI saya terisi file-file baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahwa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dikopi ke HATI. Adakah memang begini?
CS: Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu masa untuk mendownloadnya. Jadi CINTA-KASIH telah terinstall dan aktif. Anda harus boleh menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.
P: Apa?
CS: CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembal

Microsoft Mengambil Hacker Sebagai Pekerja

Ada dua pilihan ketika sebuah perniagaan besar berurusan dengan hacker: Menyaman atau merekrut.

Tidak seperti Sony, rumours langkah berbeza dilakukan Microsoft kepada remaja berusia 14 tahun ini.
Remaja yang dikenali di dunia maya dengan nama samaran ‘Jake’ ini mula dikenali selepas dia boleh menggodam server game Call of Duty: Modern Warfare 2 dengan teknik phising scam. Akibat angkaranya, Activision iaitu pembuat game itu menggelabah.
Peristiwa hack tersebut diketahui oleh Microsoft.

Seperti dikutip dari detikINET dari Hacker news report, Microsoft dikatakan akan membantu Jake mengembangkan bakatnya untuk tujuan positif. Perkara ini menjadi kontroversi kerana mengapa Microsoft sanggup mengambil pekerja di bawah umur.
Bagaimanapun Managing Director Microsoft Ireland, Paul Rellis membantahnya. Microsoft tidak mungkin mengambil remaja di bawah umur.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda…


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah”
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir” (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku” (Riwayat Ibn Majab)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)” (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya” (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat” (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)” (Riwayat Al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya” (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Lain-lain kata mutiara Rasulullah SAW:
Jauhilah dengki, kerana dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu.
Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia.
Makanlah Sebelum Lapar dan Berhentilah Sebelum Kenyang.
Tiga sifat manusia yang merosakkan adalah, kedekut yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti, serta sifat mengkagumi diri sendiri yang berlebihan.
Pahlawan bukanlah orang yang berani meletakkan pedangnya ke kepala lawan, tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya semasa dia marah.
Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.
Cinta kepada Allah adalah puncaknya cinta. Lembahnya cinta adalah cinta kepada sesama.
Keluhuran budi pekerti akan kelihatan pada ucapan dan tindakan.
Orang yang berjiwa besar teguh pendiriannya, tetapi tidak keras kepala.
Hulurkan cintamu kerana Tuhanmu dan tariklah cintamu kerana Tuhanmu, anda tentu tak akan kecewa.
Seseorang yang optimis akan melihat adanya kesempatan dalam setiap malapetaka, sedangkan orang pesimis melihat malapetaka dalam setiap kesempatan.
Ingatlah, boleh jadi manusia itu mencintai sesuatu yang membahayakan dirinya atau membenci sesuatu yang bermanfaat baginya. Mohonlah petunjukNya.
Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda.
Orang besar menempuh jalan kearah tujuan melalui rintangan dan kesukaran yang hebat.
Berbuat baiklah kepada orang lain seperti berbuat baik kepada diri sendiri.
Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Memperbaiki diri adalah alat yang ampuh untuk memperbaiki orang lain.
Jika seseorang tidak mencintai anda janganlah dia anda benci, kerana mungkin akan tumbuh benih cinta kembali.
Bukan kecerdasan anda, melainkan sikap andalah yang yang akan mengangkat anda dalam kehidupan.
Perjuangan seseorang akan lebih bererti jika dimulai dari diri sendiri.
Jika rasa cinta terbalas, maka bersyukurlah kerana Allah telah memberikan hidup lebih berharga dengan belas Kasih-Nya.
Dalam perkataan, tidak mengapa anda merendahkan diri, tetapi dalam aktiviti tunjukkan kemampuan Anda.
Tegas berbeza jauh dengan zalim. Tegas itu mantap dalam kebijaksana sedangkan zalim itu keras dengan sewenang-wenangnya.
Jika rasa cinta itu tidak terbalas maka bersukurlah, kerana anda akan dipilihkan Allah yang lebih baik.
Sifat orang yang berlilmu tinggi adalah merendahkan hati kepada manusia dan takut kepada Tuhan.

Tempayan Emas


Sebuah kisah yang terjadi di masa lalu, sebelum Nabi kita Muhammad SAW dilahirkan..
Kisah yang menggambarkan kepada kita pengertian amanah, kezuhudan, dan kejujuran serta wara’ yang sudah sangat jarang ditemukan dalam kehidupan manusia di abad ini.
Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang ertinya):
Ada seorang lelaki membeli sebidang tanah dari seseorang. Yang ternyata di dalam tanah yang dia beli tersebut itu terdapat sebuah tempayan emas. Lalu berkatalah orang yang membeli tanah itu kepada penjual tanah tersebut:
“Ambillah emasmu, sebenarnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”
Si pemilik tanah berkata kepadanya: “bahawasanya saya menjual tanah kepadamu beserta isinya.”
Oleh kerana masing-masing dari mereka tidak ada yang mahu mengaku tempayan emas tersebut, maka akhirnya keduanya pun menemui seseorang untuk menjadi hakim atas masalah yang mereka hadapi.

Kemudian berkatalah orang yang diangkat menjadi hakim tersebut: “Apakah kamu berdua mempunyai anak?”
Salah satu dari mereka berkata: “Na’am, Saya ada seorang anak lelaki.”
Yang lain berkata: “Saya ada seorang anak perempuan.”
Lalu Sang hakim berkata: “Nikahkanlah mereka berdua dan berilah mereka belanja dari harta ini serta bersedekahlah kalian berdua.”
————————————————————————-
Sahabat..
Sungguh, betapa indah kisah yang dikisahkan oleh Rasulullah SAW ini.
Di zaman yang kehidupan serba dinilai dengan material dan keduniaan. Bahkan hubungan persaudaraan pun dibina di atas kebendaan.
Didalam hadis ini, Rasulullah SAW mengisahkan, transaksi yang mereka lakukan hanya berkaitan sebidang tanah. Si penjual berasa yakin bahawa isi tanah itu sudah termasuk dalam transaksi mereka. Sementara si pembeli berkeyakinan sebaliknya; isinya tidak termasuk dalam akad jual beli tersebut.
Kedua lelaki ini tetap bertahan, mereka lebih memilih sikap wara’ (berhati-hati), tidak mau mengambil dan membelanjakan harta itu, kerana adanya kesamaran, apakah harta tersebut halal baginya ataukah haram?
Mereka juga tidak berebut-rebut mendapatkan harta itu, bahkan berupaya menghindarinya.
Semak apa yang dikatakan si pembeli tanah: “Ambillah emasmu, sebetulnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”
Barangkali kalau kita yang mengalami, masing-masing akan berusaha mencari kebenaran, bukti untuk menunjukkan dirinya lebih berhak terhadap emas tersebut.
Tetapi bukan itu yang hendak di sampaikan melalui kisah ini.
Hadis ini menerangkan ketinggian sikap amanah mereka dan tidak adanya keinginan mereka mengaku sesuatu yang bukan haknya. Juga sikap jujur serta warak mereka terhadap dunia, tidak bercita-cita untuk mengambil hak yang belum jelas siapa pemiliknya.
Kemudian muamalah mereka yang baik, bukan hanya akhirnya menimbulkan kasih sayang sesama mereka, tetapi menumbuhkan ikatan baru berupa berbesan. Bahkan, harta tersebut tidak pula keluar dari keluarga besar mereka. Allahu Akbar.
Bandingkan dengan keadaan sebagian kita di zaman ini, sampai ada kata-kata:
“Mencari yang haram pun sukar, apalagi yang halal?” Subhanallah…
Kemudian, mari perhatikan sabda Rasulullah SAW dalam hadis An-Nu’man bin Basyir R.Ama:
“Siapa yang terjatuh ke dalam syubhat (perkara yang samar) bererti dia jatuh ke dalam perkara yang haram.”
Sementara kebanyakan kita, menganggap ringan perkara syubhat ini.
Padahal Rasulullah SAW menyatakan, bahawa siapa yang jatuh ke dalam perkara yang samar itu, boleh jadi dia jatuh ke dalam perkara yang haram. Orang yang jatuh dalam perkara-perkara yang meragukan, berani dan tidak memperdulikannya, hampir-hampir dia mendekati dan berani pula terhadap perkara yang diharamkan lalu jatuh ke dalamnya.
Rasulullah SAW sudah menjelaskan pula dalam sabdanya yang lain:
“Tinggalkan apa yang meragukanmu, kepada apa yang tidak meragukanmu.”
Iaitu tinggalkanlah apa yang engkau ragu tentangnya, kepada sesuatu yang meyakinkanmu dan kamu tahu bahawa itu tidak mengandung kesamaran.
Sedangkan harta yang haram hanya akan menjadi tidak berkah, mengundang kemurkaan Allah SWT, menghalangi terkabulnya doa dan membawa seseorang menuju neraka jahanam.
Tidak, ini bukan dongeng sebelum tidur…
Inilah kisah nyata yang diceritakan oleh Ash-Shadiqul Mashduq (yang benar lagi dibenarkan) SAW, yang Allah SWT berfirman tentang beliau SAW:
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)
Kedua lelaki itu menjauh dari harta tersebut sampai akhirnya mereka datang kepada seseorang untuk menjadi hakim yang memutuskan perkara mereka berdua.
Menurut sebagian ulama, zahirnya lelaki itu bukanlah hakim, tapi mereka berdua memintanya memutuskan persoalan di antara mereka.
Dengan keshalihan kedua lelaki tersebut, keduanya lalu pergi menemui seorang yang berilmu di antara ulama mereka agar memutuskan perkara yang sedang mereka hadapi. Adapun kesalahfahaman si penjual, bahawa dia menjual tanah dan apa yang ada di dalamnya, sehingga emas itu bukan miliknya. Sementara si pembeli beralasan, bahawa dia hanya membeli tanah, bukan emas.
Akan tetapi, rasa takut kepada Allah SWT membuat mereka berdua merasa tidak butuh kepada harta yang meragukan tersebut.
Kemudian, datanglah keputusan yang membuat lega semua pihak, iaitu pernikahan anak lelaki salah seorang dari mereka dengan anak perempuan pihak lainnya, memberi belanja keluarga baru itu dengan harta karun tersebut, sehingga menguatkan persaudaraan imaniah di antara dua keluarga yang soleh ini.
Perhatikan pula kejujuran dan sikap warak sang hakim. Dia memutuskan persoalan keduanya tanpa merugikan pihak yang lain dan tidak mengambil keuntungan apapun. Seandainya hakim itu tidak jujur atau tamak, tentu akan membuat keputusan yang menyebabkan harta itu lepas dari tangan mereka dan jatuh ke tangannya.
Pelajaran yang kita ambil dari kisah ini adalah sekelumit tentang sikap amanah dan kejujuran serta warak yang sudah jarang di zaman kita.
Demikianlah cara pandangan orang-orang soleh terhadap dunia ini. Adakah diantara kita yang mahu mengambil pelajaran?
Semoga cerita ini bermanfaat bagi kita semua dalam berniaga..

Ajoi Yang Femes

Ajoi dan Sumardi sedang berborak dan macam biasa kalau tak bertekak bukan Ajoi dan Sumardi ler tu…Kali ni Ajoi mengatakan kepada Sumardi bahawa satu Malaysia kenal dia.

Ajoi: Siti Nurhaliza pun kenal aku …!
Sumardi: Tipulah endok.. cuba kau buktikan
Selesai konsert, Ajoi dan Sumardi pergi ke belakang stage jumpa Dato Siti Nurhaliza. Ternyata Dato Siti memang kenal dengan Ajoi…Siap main cubit-cubit lagi “Saya memang suka la lawak you tu Ajoi…kira saya peminat awak la nombor satu tau”
Sumardi terkesima tapi dia masih belum pasrah..

Sumardi: Ala tu kebetulan jer.. cuba ko cakap lagi siapa orang terkenal yang kenal ko..
Kebetulan Tan Sri Syed Mokhtar lalu dan Ajoi pun menyapa ..”Tan Sri..! lama tak jumpa!”
Tan Sri Mokhtar: “Ohh Ajoi, saya nak balik ni. Jom la datang rumah, borak-borak minum kopi”
Ajoi: Terima kasih Tan Sri, tapi hari saya bz sikit…
Sumardi tercengang namun masih tidak puas hati..
Ajoi: Hah! Lu tengok..kan aku dah cakap.
Sumardi: Ok Joi.. kalau lu memang terkenal satu Malaysia, tentu DS Najib pun kenal!
Ajoi: Ok jom kita tengok dia berucap kat stadium tu..
Sumardi: Ok.. (takkan kenal kot..)
Selepas setengah jam menunggu, kemudian tepuk tangan kedengaran gemuruh selepas DS Najib selesai berucap. Ajoi tiba-tiba meluru dan bersalam dengannya. Yang memeranjatkan Sumardi ialah DS pun berjabat tangan tak lepas-lepas sambil main cucuk-cucuk pinggang lagi. Lepas tu sambil letak kat bahu Ajoi, mereka turun dari stage.
Lepas tu, Ajoi pun mendapatkan Sumardi tapi dia tengok Sumardi pengsan. Selepas membuat CPR…(buwek) Sumardi pun sedar.
Ajoi: La.. pesal lu pengsan lak?
Sumardi: Diaorang kenal ko, satu hal Joi… yang buat aku pengsan bila aku dengar penonton belakang aku berkata…
“EH SAPA TU YANG BERJALAN SEBELAH AJOI TU….!”

Woii kitaorang tutup aurat la..

Kitaorang tutup aurat la weii.. buta ker?
Photobucket
Kepada cik kak,cik adik kat luar sana tu…sendrik mau ingat arrr..

Sebab tu Islam menganjurkan pakaian berwarna gelap.
Manakala di bawah ni pulak, gambar yang saya share dari FB Ustaz Zamri..
Mudah Sahaja Untuk Menutup Aurat, anda BIJAK kerana menjaga AURAT.
Photobucket

Wednesday 24 August 2011

Saturday 20 August 2011

Lagu Raya

Download lagu raya MP3


Recycle dari  entri isuhangat tahun lepas sebab lagu raya ni lagu lama juga yang sedap didengar dan boleh tangkap leleh. Download lagu raya MP3 - baru terasa kemeriahan hari raya tetapi belilah CD yang original utk lebih kepuasan dan lebih kualiti.
Fail disimpan di ziddu.com , maaflah kalau ofis korang block website ni.
Ahmad Jais – Dari jauh Kupohon maaf download
Aljawaher – Selamat Hari Raya download
Aljawaher – Ku pohon restu ayah bonda download
Aisyah – Pulanglah download

Aisyah – Setitis Cahaya Di Aidilfitri download
Aman Shah – Kepulangan Anakmu download
Anuar & Ellina – Suasana Hari Raya download
Asha Malik -  -  – Pulang Di Hari Raya download
Black Dog Bone -  -  – Cahaya Di Hari Raya download
DJ Dave -  -  – Menjelang Hari Raya download
Uji Rashid & Hail Amir – Seloka Hari Raya download
Handy Black -  -  – Cahaya Aidilfitri download
Jeffrydin -  -  – Musafir Di Hari Raya download
Khairil Johari – Sepasang Kurung Berwarna Biru download
M. Nasir -  -  – Suatu Hari Di Hari Raya download
P. Ramlee -  -  – Dendang Perantau download
Raihan & Nowseeheart -  -  – Hari Raya Untuk Semua download
Sudirman – Selamat hari Raya download
Saloma -  -  – Selamat Hari Raya download
Sharifah Aini -  -  – Suasana Hari Raya download
Siti Nurhaliza -  -  – Suara Takbir download
P Ramlee – Suara Takbir download
Sharifah Aini – Minal Aidil Wal Faizin download

Uniknya Photoshop

adobe Photoshop adalah perisian untuk mengedit gambar yang paling ampuh. Skill untuk mahir dengan tool-tool Photoshop boleh belajar sendiri di internet. Banyak blog2 dan video mengenai photoshop kita boleh search . Apa yang penting ialah kreativiti. Lagi satu yang penting ialah ‘dapatkan software yang ori’ baru berkat beb.
Ok aper yang peliknya gambar di bawah ni?
Photobucket

Ya gambar seorang mamat ni telah diedit secara digital menjadi lebih kurang 40 muka yang berbeza.
Beginilah ‘kepoweran’ Photoshop..
Photobucket
Gambar lain…



Belajar Bunyi Binatang

Dapat dari FB,

Satu hari dalam kelas Darjah 1, SKPR.
Cikgu : Baik anak-anak murid…. pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Pancis, macam mana bunyi ayam berkokok?
Pancis : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Pancis… Sumardi, buat bunyi kucing pula..
Sumardi : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya…. Ajoi, buaya bagaimana pula bunyinya?

Ajoi : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer…? Abang temankan ya…
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Ajoi : Buaya darat cikgu!

Lawak Ujang

Teringat masa zaman berpuasa budak-budak dulu, semasa menunggu waktu berbuka saya suka membaca. Tak kira buku cerita ,majalah,komik dsb. Buku seram Siri Bercakap Dengan Jin pula biasanya pun keluar baru semasa bulan puasa. Best baca masa tu dan tak rasa takut sebab syaitan kena rantai hoho..
Kalau komik yg saya beli tiap-tiap keluaran ialah majalah Gila-gila dan Ujang. Memang layan masa tu tp skrg sesekali layan ok gak kan. Kredit kepada www.moy.com.my
Photobucket


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Yang last ni pulak bukan dari majalah Ujang, tapi lawak Ajoi muhdpaiz.blogspot yang telah dikartunkan oleh kawan kita ~  akulangit :)

Budak Yang Bernasib Baik

Waspada anak kecil jika korang tinggal di apartment. Bagaimana agaknya budak ni boleh terselit kat situ agaknya? Mungkin jatuh dari tingkat atas agaknya atau cuba menyeberang ke rumah sebelah. Apa pun budak ni memang bernasib baik, ajal maut di tangan Allah.
Photobucket

Photobucket
Photobucket

Tuesday 16 August 2011

Permintaan Lagu

Pehatian kepada peminat blog ini, harap anda gembira kerana setiap minggu lagu permintaan anda akan ditunai tapi hanya satu sahaja akan dipillih dan blog ini telah di update dengan ade nye chat room anda boleh berborak dan berjenaka dengan kawan anda

4 Perampas Yang Pasti Akan Datang

Tidak semua istilah “perampas” dimaksudkan dengan negatif. Istilah Perampas juga dapat diertikan positif sebagai peringatan bagi kita. Manusia pasti menghadapi empat ‘perampas’ nyata yang pasti datang, iaitu:
1. Malaikat izrail akan merampas nyawanya

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ*ۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.
(Surah. Al Ankabut : 57)
Tidak ada satu makhluk pun yang kuasa menangguhkan datangnya kematian, walau hanya sedetik, kerana takdir kematian adalah hak mutlak Allah SWT. Setiap manusia, sesungguhnya selalu diburu kematian. Jaraknya pun semakin dekat dari masa ke masa.

2. Ahli waris akan merampas harta bendanya

Semua harta yang kita miliki pasti pada suatu masa akan dirampas juga oleh ahli waris kita. Maka janganlah kita bangga akan harta yang kita miliki kerana didalam harta tersebut juga ada hak milik orang lain. Baik hak orang yang tak mampu ataupun hak waris kita.
3. Ulat akan merampas tubuhnya (dalam kubur)
Photobucket
Setinggi apapun pangkatnya, setinggi apapun jawatannya di dunia tapi sesudah meninggal maka akan dimakan ulat juga. Oleh kerana itu janganlah sombong akan pangkat yang kita miliki sekarang kerana semuanya adalah sama pada Allah SWT. Yang membezakan dimata Allah adalah amal perbuatan manusia selama mereka didunia.
4. Orang yang pernah dizalimi akan merampas amalannya.
Photobucket
Orang yang pernah kita zalimi akan datang menagih amal kita sewaktu di hari penimbangan amal nanti. Maka hendaklah meminta maaf kepada orang-orang yang pernah kita zalimi samada sengaja atau tidak sengaja dan hendaklah bertaubat tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Semoga 4 perkara di atas akan menjadi renungan bagi kita sebagai muhasabah diri di bulan yang penuh keberkatan ini. Agar di Hari Raya Aidilfitri nanti kita akan mendapatkan jiwa yang fitri sesuai dengan hakikat Aidil Fitri.
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
“Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah dan akan kembali padanya.” So… sendrik mau ingat!

Ular Dalam Jamban

Berhati-hati kalau nak melepaskan hajat. Tengok-tengok dulu ada apa….
Photobucket




Photobucket
Dapat dari kawan, katanya peristiwa ini berlaku di Jakarta. Wallahualam

Kisah Anak Kura-Kura


Suatu hari, seekor kura-kura memanjat sebuah pokok yang tinggi.. dia memanjatnya dengan perlahan-lahan dan hati-hati supaya tidak jatuh..
Dengan susah payah akhirnya dia sampai ke puncak pokok.. Lalu dia terjun dari atas pohon tersebut sambil mengepak-ngepakkan kakinya..
Tapi dia gagal dan jatuh terhempas atas tanah dengan kuat..
Kemudian kura-kura tersebut bangun lagi dan memanjat lagi, terjun lagi, mengepak lagi dan jatuh terhempas lagi.. begitulah berlaku beberapa kali..
Sepasang burung yang berada di atas pokok dari tadi hanya melihat kelakuan kura-kura tadi dengan rasa hiba…

Kemudian burung betina pun mula berkata kepada burung jantan.
“Bang, sudah sampai masanya kita katakan kepadanya bahawa dia sebenarnya anak angkat..”
Hoho just for fun

Sunday 14 August 2011

2 Perkara Yang Membuat Kita Tidak Bersyukur


Syukur merupakan kualiti hati yang terpenting.
Dengan bersyukur kita akan sentiasa merasa tenang, tenteram dan bahagia.
Sebaliknya, jika kita selalu tidak bersyukur…
Kita akan selalu merasa kurang dan tak bahagia.
Ada dua perkara yang selalu membuatkan kita tidak bersyukur.
Pertama :
Kita sering memfokuskan pada apa yang kita inginkan, bukan pada apa yang telah kita miliki.
Katakanlah kita telah memiliki sebuah rumah, kereta, pekerjaan tetap, dan pasangan yang terbaik.Tapi kita masih merasa kurang. Fikiran kita dipenuhi berbagai target dan keinginan.
Kita sangat obses dengan rumah yang besar dan cantik, kereta yang mewah, serta pekerjaan yang bergaji besar.
Kita ingin itu dan ini. Bila tak mendapatkannya kita akan terus memikirkannya.

Tapi peliknya, walaupun kita sudah mendapatkan apa yang kita citakan, kita hanya menikmati kesenangan sekejap sahaja.
Kita tetap tak puas, kita ingin yang lebih lagi. Jadi, betapapun banyaknya harta yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA” dalam erti yang sebenar.
Mari kita jelaskan pengertian kita mengenai ‘orang kaya’.
Orang yang “kaya” bukanlah orang yang memiliki apapun, tetapi orang yang dapat menikmati apapun yang mereka miliki.
Tentu sahaja kita boleh memiliki impian hidup, tapi kita perlu menyedari bahawa inilah akar perasaan tak tenteram.
Kita dapat mengubah perasaan ini dengan berfokus pada apa yang sudah kita miliki.
Cubalah lihat keadaan di sekeliling kita, fikirkan yang kita miliki, dan bersyukurlah.
Anda akan merasakan nikmatnya hidup.
Pusatkanlah perhatian anda pada sifat-sifat baik boss anda, pasangan, dan orang-orang di sekeliling Anda.
Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.
Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa bersyukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang miskin yang mengeluh kerana tidak dapat membeli kasut, sedangkan kasutnya sudah lama koyak.
Suatu petang dia melihat seseorang yang tidak mempunyai kaki, tapi tetap ceria. Masa itu juga orang tadi berhenti mengeluh dan mulai bersyukur.
Kedua:
Perkara yang membuat kita tidak bersyukur adalah kecenderungan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain.
Kita merasa orang lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang yang lebih pandai, lebih kacak, lebih cantik, lebih percaya diri dan lebih kaya dari kita.
Rumput jiran memang sering kelihatan lebih hijau dari rumput di halaman rumah kita sendiri.
Ada cerita menarik mengenai dua pesakit rumah sakit jiwa.
Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil menjerit “Siti, Siti”.
Seorang pengunjung yang bertanyakan masalah yang dihadapi orang ini.
Doktor menjawab, “Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Siti.”
Pengunjug tadi mengangguk tapi semasa melalui bilik lain, dia terkejut melihat ada orang gila lain yang menghantukkan kepalanya di tembok dan berteriak “Siti, Siti”.
“Orang ini juga ada masalah dengan Siti?, adakah Siti yang sama?” tanyanya kehairanan.
Doktor kemudian menjawab, “Ya, dialah yang akhirnya berkahwin dengan Siti”.
Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki.Oleh kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.
Bersyukurlah !
Bersyukurlah bahawa kamu belum memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan.
Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?
Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu. kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar.
Bersyukurlah untuk jika ada masalah yang sukar. Di masa inilah kamu akan menjadi kuat untuk hidup.
Bersyukurlah untuk kebatasanmu. kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang.
Bersyukurlah untuk setiap tentangan. Kerana itu akan membangun kekuatan jatidirimu.
Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat. Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga.
Rasa bersyukur dapat mengubah perkara yang negatif menjadi positif.

Kerana Baju Renang, Hubungan India – Australia tegang

Photobucket
Baju renang yang bergambar Dewi Laksmi
Walau apa agama pun akan marah jika dihina. Bermula dari baju renang, kemarahan kini meningkat ke pertikaian diplomatik. Bermula dari Australia Fashion Week 2011 yang menjadi puncanya.
Seorang model catwalk dengan mengenakan baju renang bergambar Dewi Laksmi. Dewi Laksmi sangat dihormati dan dipuja umat Hindu India.
Pemerintah India telah membuat bantahan rasmi kepada Kedutaan Tinggi Australia di atas apa yang mereka sebut sebagai pencabulan.

Konsulat India di Sydney telah mengambil tindakan menghubungi pereka baju tersebut.
Seperti diterbitkan CNNGo, Parti Bharatiya Janata yang merupakan parti nasionalis Hindu telah membakar bendera Australia di selatan Hyderabad. Di Armritsar, kaum Punjabi turun ke jalan untuk memprotes hal itu.
Pereka baju renang tersebut , Lisa Blue telah meminta maaf pada halaman Facebooknya. “Kami ingin meminta maaf kepada siapa pun yang tersinggung. Kami memastikan gambar Dewi Lakshmi tidak akan muncul lagi pada sehelai pun pakaian renang kami untuk musim ini. Kami menjamin produk ini tidak akan dijual dalam Stockist atau outlet di mana pun di dunia.”

Ini cara jana RM300 sebulan dengan dropship


Flarebiz baru sahaja menyiapkan laporan 38 muka surat yang mendedahkan
cara untuk menjana pendapatan dengan perniagaan berkonsepkan
dropship.
Laporan ini telah di muat turun oleh 89 orang yang mendaftar dan
setelah mendapat maklum balas positif daripada mereka, maka kami
ingin berkongsi dengan anda pula.
Download sekarang: => http://www.SinarNiaga.com/ramadhan

Paling menarik, laporan ini adalah PERCUMA sahaja. Luangkan masa
terluang anda di bulan Ramadhan ini untuk membaca laporan eksklusif
yang kami sediakan ini.
Selamat membaca!
Download sekarang: => http://www.SinarNiaga.com/ramadhan

Ferrari Bersalut Emas

Akhir-akhir ini tersenyum lebar kepada pelabur-pelabur emas kerana harga emas yang semakin melambung naik.Alhamdulillah rezeki korang, itu pun kalau korang menjualnya. Kalau masih menyimpan dan menunggu untuk menjualnya di masa depan, rezeki belum masyuk tu.
Ada kawan-kawan saya berkata orang yang suka melabur seperti FOREX,KLSE,Emas dsb ni kadang-kadang pening kepala juga. Semasa harga naik, jual pun rasa rugi (kalau harga terus naik) , masa harga turun – jual confirmlah rugi. Apa pun rezeki dari Allah, kalau takat tu rezeki kita terima jer la dengan rasa bersyukur.
Sebenarnya saya bercerita pasal emas ni sebab nak share gambar kereta Ferrari bersalut emas. Kereta Ferrari 599 GTB Fiorano ni sering kelihatan di Jumierah Hotel, Knightsbridge, London. Kereta yang bersinar emas ini dikatakan kepunyaan jutawan dari Dubai,
Sumber dari blog FERRARIS PHOTO GALLERY

Wednesday 10 August 2011

Kanak-kanak makan rumput ke sekolah


Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.
Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.
Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.
Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.
Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.
Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.
Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”
Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,
”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”
Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.
Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.
Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.

Duit Baru RM6


Nampaknya duit raya yang bagi kat budak-budak RM5 dah tak cukup lagi pasal sekarang ni barang semua dah naik. Jadi duit raya kena naik lah dari RM5 ke RM6.
Haha dah takde kerja la diaorang ni. Dapat gambar ni melalui email blalang_group

Bersihkan Karat Di Hati


Software Al-Quran 3D yang pernah saya kongsikan dua bulan yang lalu iaitu software Al-Quran yang seperti Al-Quran sebenar di monitor PC/laptop anda amat sesuai untuk di baca di ofis atau dimana-mana pun ketika waktu senggang di bulan Ramadhan ini selain dapat mengelakkan perkara-perkara yang mengurangkan pahala berpuasa.
Jika belum download , boleh download di

Pahala membaca al-Quran
Dari Ibn Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: ” Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim ‘ satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda ” Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai”
Kesimpulan
1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) = Cuba kira sendiri …
*dipetik dari kitab Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid dan Disertai makna karangan Ustaz Mahadi Dahlan oleh Pustaka Haji Majid
Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : ” Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran
Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud ” Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh”
Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata ” Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Permintaan Lagu Ajoi


*Radio TERBAKO.FM*
Di satu pagi DJ Tapau sedang melayan pendengar dalam program “Permintaan Pendengar Terbakor”.
Tapau: Hello TERBAKO.FM ‘kita bakor jer’ sapa di sana?
Ajoi: Ajoi dari Zimbabwe..!
DJ Tapau: Waahh jauhnyer, Zimbabwe tuh! Dengar dari blog muhdpaiz ker? (teruja)
Ajoi: Takderla… hoho saja buat lawak bodoh. Ajoi dari Seremban

DJ Tapau: Hehehehehe Ajoi dari Seremban. Anda puasa tak ni buat lawak bodoh pulak pagi2 ni
Ajoi: puasaaa..!
DJ Tapau: Dah lapar ke belum?  cecite2..hehehe
Ajoi: Dah lahh Tapau, tadi miss sahur.
DJ Tapau: Ok la Encik Ajoi, kita teruskan,nak minta lagu apa ni?
Ajoi: Bukan lagu tapi Azan Maghrib jer, dah lapar giler  nih!
DJ Tapau: …………………

Taman Dari Inspirasi Mathematik Dan Sains


The Garden of Cosmic Speculation terletak di Portrack House, berhampiran Dumfries di Scotland Barat bahagian Selatan. Taman ini dibina dengan menggunakan ilmu Matematik dan Sains sebagai sumber inspirasi.
Taman peribadi yang diciptakan pada tahun 1989 oleh Charles Jencks dengan mendiang isterinya, Maggie Keswick.
Taman ini dibuka untuk orang awam hanya satu hari setahun, biasanya dibuka untuk mengumpul dana untuk kos rawatan kanser Maggie Keswick Jencks.
Cuma ada satu taman seperti ini di dunia.